السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, March 13, 2011

Mengapa Harus Cinta

Aku masih bingung.Adakah aku harus menerima cinta Ismail atas dasar kasihan.Perpisahan aku dengan Zul tidak harus aku jadikan sandaran untuk aku menagih cinta baru dengan mudah.Aku sendiri tidak menyedari sejak bila Ismail menyimpan perasaan terhadap aku,walhal dia sendiri tahu sebelum ini aku sudah mempunyai teman lelaki.Ketulusan dan keiklasan Ismail jelas ketara kerana dia sanggup menunggu aku memberikan jawapan.
 
"kenapalah dia pilih aku..yang aku tahu Midah suka kat dia."pertanyaan aku ajukan kepada teman baikku Ijan.
 
"Midah tu perasan sendiri ajelah Iza..takkanlah Mail tu main-main.Aku tengok dia betul2 serius terhadap kaulah."jawap Ijan.
 
"tapi..aku tak pastilah Ijan..takkan demi nak jaga hati dia,aku harus terima saja cinta dia."soalku resah.
 
Ismail masih menantikan jawapan dariku,namun aku masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti.Ismail kelihatan kecewa tetapi dia tetap akan terus bersabar menantikan jawapan dari aku.
 
"aku tetap akan menanti jawapan kau Iza."tegasnya bila setiap kali dia bertentang mata dengan aku.
 
Aku benar2 serba salah tetapi begaimana harus menerima seseorang yang aku tidak cintai.Biarpun kami rakan sekelas,aku tidak menyangka Ismail menaruh hati terhadap aku.Terasa rimas juga aku dibuatnya,memandangkan kami sekelas jadi setiap hari kami akan bersua muka.Ismail tidak henti2 memberi isyarat kepada aku.Sehinggakan aku merasakan tidak selesa dan bosan sekali.
 
"boring..boring..aku..,Ijan macam mana nie..nak elak dari Mail tu,dahlah kita sekelas..tolonglah Ijan..aku mati akal nie."luahku.
 
"kau nie pun satu..buat bodoh ajelah..silap2 nanti si Mail tu pun akan bosan menunggu jawapan kau.Lepas tu dia pasti tak kisah lagi dengan kau."balas Ijan balik.
 
"iyelah tu..sampai bila..itu kalau dia fed-up..kalau tidak aku yang akan gila nanti!!"ngomelku lagi.
 
"jangan kau yang gila kat dia pulak..baru padan muka kau..hahahaha"usik Ijan kertawa.
 
"kau nie..aku minta pandangan,kau tambahkan masalah pula."jawabku geram.
 
Bukan saja di dalam kelas,aku terpaksa berhadapan dengan Ismail malah di setiap aktiviti sukan dan kokurikulum ada saja kelibat Ismail.
 
"kenapalah dia nie tak bosan2 memburu aku.Cantik sangat ker aku nie.Kat sini muka dia..kat sana muka dia...hisshhh...kalau gini boleh gila aku nanti.."rungutku sendirian dengan perasaan geram.
 
Tika aku melayan perasaan sendirian dan tanpa aku sedari,Ismail telah berdiri di hadapan aku.
 
"hai Iza..boleh aku cakap sikit dengan kau sekejap."pinta Ismail.
 
Alangkah terperanjatnya aku bila melihat mamat selamba ni sedang berdiri dihadapan aku.
 
"a..a..aku..sedang tunggu Ijan nie..sorrylah yer Mail..aku nak cepat nie."bohongku dan tergesa2 berlalu meninggalkan Ismail.
 
Setiap hari aku merasakan aku tidak bebas kerana sering menjadi buruan Ismail.
 
"apa dia nie tak faham2 lagi ke..kalau aku tidak sudi melayan dia,itu maknanya aku tak suka dialah.."rungut aku melepaskan geram.
 
"sabar Iza..apa nak buat kalau orang dah suka..menunggu lama pun sanggup."seloroh Ijan bersahaja.
 
"kau nie Ijan..bukan nak tolong aku..tambahkan marah aku aje.Bagilah aku idea macam mana aku nak elakkan diri dari mamat nie.Dahlah kita nie satu kelas dengan dia."keluhku.
 
Sebenarnya Ismail bukanlah tidak kacak kerana setahu aku ramai pelajar perempuan yang tergila2 dekat dia,tetapi aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat menerimanya.Mungkin aku tidak mahu menjadi perhatian kerana Ismail adalah seorang pengawas dan segala tindak tanduk dia menjadi perhatian pelajar2 perempuan lain.Kalau aku dikenali sebagai teman wanitanya,pasti aku merasa tidak bebas.Aku pula suka berkawan dengan ramai pelajar lelaki di sekolah.Aku tidak suka dikongkong dan terikat dengan istilah 'teman istimewa'.Cukuplah aku merasainya dulu,kalau aku tidak membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan Zul,sudah pasti aku terpaksa menjadi tawanan cinta sehingga kini.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Seperti biasa aku dan Ijan akan bertandang ke perpustakaan,cuma hari ini aku terpaksa ke perpustakaan sendirian kerana Ijan terpaksa pulang awal selepas sekolah.Belum sempat aku melangkah masuk,tiba2 tangan aku ditarik seseorang dengan pantas dan kuat sekali.Aku hampir2 berada dalam dakapannya tetapi dengan cepat aku cuba mengelak dari memeluk insan tersebut.Nasib baik tiada sesiapa yang melihat kejadian yang tidak diingini ini.
 
"aduhhh..apa nie tarik2 orang..gila ke!!"marahku dan sebaik dapat melihat dengan jelas,rupa2nya Ismail yang menarikku.
 
"maaf Iza..maaf.."Ismail bersuara lembut.
 
"boleh tak kau lepaskan tangan aku dulu..sakit tau!!Nanti aku menjerit baru padan muka kau."marahku lagi.
 
"oppps..ok..maaflah Iza..aku tak sengaja,sebab aku takut kalau kau dah masuk ke dalam,takdelah peluang aku nak cakap dengan kau.Please Iza..I need to talk with you."luah Ismail berharap.
 
"kau nak cakap apa lagi nie Mail.Kau tak faham2 lagi ke.Maaflah Mail..aku nak cepat nie,nak ulangkaji.Lainkali ajelah kita cakap ok."gertakku berani.
 
"tapi kenapa Iza..bolah tak aku bertanya..aku nie tak layakkah untuk kau..atau kau dah ada orang lain."soal Ismail ingin tahu.
 
"aku dah ada ke belum..takkan itupun aku nak heboh2kan atau beritahu kau.Aku takde masa nak cintan cintun sekarang ini..kan tahun nie kita nak exam..sorry lah Mail..terus terang aku katakan aku tak dapat terima cinta kau itu.Tapi kalau kau rasa nak berkawan biasa aje dengan aku ..silakan..lebih2..tidak..sama sekali tidak.Noktah.."aku melepaskan segala yang terbuku dihati.
 
Aku sedar kata2ku ini mungkin akan membuat hati Ismail terguris dan terluka tetapi dia juga harus mengetahui kebenarannya.
 
Ismail terpaksa jua menerima hakikat kebenarannya biarpun tercalit luka.Ternyata kekecewaan terlukis diraut wajahnya yang kacak itu.Apakan daya aku tidak dapat menerima cinta dia.Hati aku langsung tidak menyayangi dia.Ismail berlalu dengan perasaan hampa dan aku mengiringi setiap langkahnya yang longlai itu sehinggalah ia hilang dari pandanganku.Ismail terus berlalu tanpa menoleh ke arahku.
 
"uhhh..lega aku."akhirnya aku dapat menarik nafas lega.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
"kau nie memang menolak tuahlah Iza..ramai yang nakkan si Mail yang hensem tu."seloroh Ijan sebaik saja aku menceritakan kepadanya.
 
"termasuk kau ke....aha..lepas nie kau tacklelah dia yer!!"usik aku sengaja.
 
"aku..dia tak pandang pun..lainlah kau..rupa pun kira cantiklah juga.Kalau kau terima dia pasti akan tersebar luaslah gossip korang berdua di sekolah kita nie.Famouslah korang nanti..pasti nanti cikgu2 pun asyik berbual pasal korang.Kan pasangan ideal."Ijan mengusik sakan.
 
Aku hanya mampu tersenyum.Semenjak aku memberikan penjelasan kepada Ismail,semasa dalam kelas aku lihat Ismail sedikit murung dan tidak ceria seperti dahulu.Kalau boleh aku tidak mahulah dikatakan penyebab utamanya.
 
"risau juga aku..silap2 aku disalahkan.Yelah.. Mail tu pengawas dan salah seorang pelajar terpandai pula tu.Kau jangan Mail..aku tak buat salah kat kau pun."monolog aku sendirian.
 
Peperiksaan semakin hampir dan setiap masa dihabiskan untuk mengulangkaji.Aku dan Ijan setiap hari berkunjung ke perpustakaan.Aku terpandang sesusuk tubuh di sebalik rak2 buku.Kelihatan kelibat Ismail sedang mentelaah sendirian.Aku hampir nak kertawa bila melihat riak wajah Ismail yang seperti kebudak-budakan kerana bila dia didalam kesedihan,pasti tercebik muncung dibibirnya.Dalam pada aku asyik memerhatikan Ismail,Ijan menerjah aku.Nasib baik aku tidak terjerit di situ.
 
"syyyyyyh..tengok tu.."suruhku dengan nada suara berbisik.
 
Ijan cuba menyintai pula.Hampir2 Ijan kertawa tetapi nasib baik aku sempat menekup mulutnya.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Hari yang dinanti2kan pun tiba,dan sebaik kesemua pelajar melangkah ke dewan peperiksaan, tersemat dihati dan fikiran masing2 hanya inginkan kejayaan setelah berhempas pulas mengulangkaji.Aku juga inginkan segulung harapan dan impian yang tinggi sebab aku mahu melangkah masuk ke universiti kelak.Hampir 3 minggu peperiksaan berlangsung akhirnya ia berakhir hari ini.Memandangkan keputusan peperiksaan hanya akan keluar 3 atau 4 bulan lagi,nampaknya masa aku selepas ini hanya duduk dirumah ajelah.
 
"Iza..kita cari kerja part time nak..boringlah duduk kat rumah aje."saran Ijan sewaktu bertandang kerumahku.Ini kali pertama kami bertemu setelah 2 minggu duduk di rumah masing2.
 
"bagus juga tu.Ok..esok kita mula cari kerja."sambutku dengan senang hati.
 
"aha Iza..apa khabar mamat hensem tu.Dia tak call kau ker.."usik Ijan.
 
"hishh kau nie..nak kenekan aku aje.Mamat tu..dah habis exam takde pula dia cari aku yer.."seloroh aku pula.
 
"dah rindu pula ker kau kat dia..tulah padan muka siapa suruh kau tolak cinta dia."Ijan terus mengusik.
 
"rindu..aku rindu kat dia..no way..dia yang terindu2 kat aku adalah kot..sebab tu bulu mata aku nie asyik berkedip2 aje."
 
Kami kertawa terbahak2 sehingga tidak menyedari hari hampir ke senja.Ijan pun meminta izin untuk pulang.
 
Didalam kesamaran malam yang hanya ditemani beberapa butir bintang,aku melayani perasaan sendirian dikamar.Esok aku dan Ijan akan mula mencari pekerjaan sementara menanti keputusan peperiksaan.Tanpa aku undang secara tiba2 fikiran aku melayang mengingati Ismail.Bila aku ingati kembali kata2 kesat aku kepadanya,aku menjadi serba salah kerana tergamak melukai hati Ismail tanpa memikirkan perasaannya.
 
"arggghh..apalah aku nie..tiba2 aje ingat kat mamat nie.Baik aku tidur,esok ada janji dengan Ijan."bisikku sendirian.
 
Seperti yang dijanjikan aku dan Ijan keluar bersama untuk mencari kerja.Mungkin dah rezeki,kami telah mendapat kerja di sebuah restoran segera dan esok kami akan mula bekerja.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Hampir sebulan aku dan Ijan bekerja di situ,berbagai karenah yang dapat aku lihat dari pelanggan2 yang makan di situ.Dalam pada aku sibuk mengambil pesanan dari pelanggan,masuk seseorang yang aku kenali dan duduk di meja sebelah aku berdiri.
 
"Mail..apa dia buat kat sini.."hatiku berbisik.
 
Ismail tidak bersendirian,disampingnya ada seorang gadis cantik yang aku tidak kenali.Bila aku berpura2 menoleh kepadanya,dia memberikan senyuman yang sengaja dia buat2.Oleh kerana aku sedang mengambil pesanan pelanggan tadi,jadi Ijan telah mengambil pesanan Ismail dan gadis tersebut.Tergugat juga perasaan aku bila melihat Ismail,lebih2 lagi disamping seorang gadis yang cantik.Aku sangkakan tiada lagi pertemuan setelah aku kecewakan dia,tapi kini dia hadir membawa kekecewaannya untuk aku pula.Tergambar kegembiraan diriak wajah Ismail,tetapi aku tidak tahulah samada dia sengaja berbuat demikian untuk menyakiti aku atau sengaja menguji aku.Sebaik mereka berlalu,aku mendapatkan Ijan.
 
"kau tengok tu Ijan..aku ingatkan dia tengah frust menonggeng..rupa2nya dah bertemu kekasih hati.Lepas tu sengaja pula dia nak tayang kat kita."gomelku.
 
"hai cemburu nampaknya kau.Alah kebetulan aje dia datang sini..takkan dia tahu kita kerja sini,lepas tu dia sengaja bawa teman wanitanya nak tayang kat kau."borak Ijan selamba.
 
Semenjak bertemu dengan Ismail kembali,hati aku mulai terasa sesuatu yang aku tidak pasti.Adakah aku telah jatuh hati kepadanya atau aku sekadar bermain dengan perasaan saja.Yang pasti aku terasa amat merindui wajah jejaka yang pernah untuk cuba mendampingi aku dahulu.Mungkin juga kini aku tidak sibuk dengan kelas dan aktiviti kegiatan sekolah telah membuat aku mulai dapat memikirkan tentang Ismail.
 
Hampir sebulan aku bekerja dan setiap hari juga Ismail akan datang makan di restoran tempat aku bekerja.Semakin hari aku merasakan di dalam hatiku ini timbul satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat gambarkan setiapkali melihat Ismail.Jantungku juga sering berdegup kencang.Semua kerja yang aku lakukan serba tidak kena.Kalau boleh aku tidak mahu mengalihkan pandangan aku darinya.
 
Timbul berbagai persoalan mengapakah dia selalu datang ke sini.Aku ingin menyapanya tetapi terasa segan kerana gadis yang disebelah Ismail membuat lidah aku kelu untuk berkata2.Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan kepada Ismail.Dalam pada aku melayan perasaan aku sendirian semasa waktu rehat,Ijan menerjah aku.
 
"hai..ingatkan dia yer?Alah kalau kau suka kat dia terus terang ajelah.Tulah dulu kau menolak dia,sekarang nie aku tengok kau macam dah kene sampuk aje.Bila Mail tu masuk aje ke sini..senyuman kau pun meleret-leret."
 
"hishh..kau nie memandai aje.Entah dia suka kat aku lagi ke tidak,aku tak tahu.Kalau tidak malu aku dibuatnya.Entahlah mengapa aku asyik teringat kat dia aje.Bila tak nampak dia,aku jadi tak keruan,nak buat kerja pun malas."luahku berterus terang.
 
"haaa..mengaku pun kau.Baru padan muka kau."ujar Ijan perli.
 
"yelah..aku mengaku..tolonglah aku.Takkan aku yang nak mulakan dulu.Aku tengok Mail pun macam dah tak nak memburu aku lagi macam dulu."rajukku.
 
"yelah..sebab kau dah ajar dia dulu..dia dah seriklah.Aku sarankan kau berterus terang aje dengan dia.Manalah tahu dia ada perasaan lagi terhadap kau."suruh Ijan.
 
"tapi,awek yang selalu bersama dia tu jangan2 kekasih dia..kalau gitu melepaslah aku."aku meneka dalam kecewa.
 
"kalau kau tak tanya dia sendiri macam mana kau nak tahu..jumpa aje dia.Kalau dah jodoh korang berdua apa sekali rintangan pun korang tetap akan bersatu kelak.Tapiiiii..kalaulah gadis tu bakal isteri dia..meranalah kau ."Ijan pula memberi pendapat.
 
Aku diam membisu.Melayan perasaan sendirian.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Bagaimana harus aku luahkan kepada Ismail kerana gadis itu setiap hari disisinya.Jadi aku menyuruh Ijan memberikan sekeping nota secara rahsia agar aku dapat bersemuka dengan Ismail.Untuk menyampainya sendiri kepada Ismail tidak terdaya rasanya.
Seperti yang dijanjikan petang ini aku bertemu dengan Ismail.
 
"hai Mail.."tegurku pendek.
 
"hai Iza..kau apa khabar."balas Ismail pula.
 
"aku baik2 aje."
 
"Ijan bagi surat kat aku tadi,dia cakap kau nak berjumpa dengan aku.Kenapa Iza,kau ada masalah ker."tanya Ismail.
 
"sebenarnya aku ingin meminta maaf dengan kau sebab aku telah menyakiti hati kau dulu.Seperkara lagi aaa..aku..nak beritahu kat kau yang..a..aku dah ja..tuh hati dengan kau Mail semenjak kita bertemu kembali."bicaraku tanpa berselindung lagi,biarpun aku malu.
 
Ismail terdiam seketika seperti sedang memikirkan sesuatu.
 
"mengapa Mail..kau masih marah kat aku ke."tanyaku pula.
 
"bukan Iza..aku sedikit pun tidak marahkan kau.Aku faham segala2nya dulu.Dan aku dapat menerima kenyataan tetapi maafkan aku Iza..aku tak dapat menerima kau kerana.."jelas Ismail tetapi kata2nya terhenti seketika.
 
"kenapa Mail..beritahulah aku.Memang aku malu kerana dulu aku menolak cinta kau.Kini aku sendiri tidak tahu kenapa aku tiba2 mempunyai perasaan terhadap kau.Aku tak berdaya Mail..semakin hari bila aku mengingati kau, aku jadi tidak keruan dan hati aku sering saja bergolak kencang."dengan berani aku meluahkan isi hatiku.
 
"Iza..baik aku berterus terang saja dengan kau.Sebenarnya aku sudah bertunang.Gadis yang bersama aku setiap hari itulah dia.Dulu aku tidak menyintai dia kerana aku masih menyimpan cinta untuk kau,tetapi oleh kerana budi dan sikapnya yang lemah lembut itu membuat aku mulai jatuh hati kepadanya.Aku tidak sampai hati menghancurkan hatinya kerana aku pernah merasainya dahulu.Maafkan aku Iza.."cerita Ismail dengan sebenar2nya.
 
Bicara Ismail terhenti,dia mengeluh dan seperti sedang memikirkan sesuatu.Mungkin kata2 yang seterusnya akan lebih melukakan aku.
 
"dan aku juga ingin minta maaf kepada kau,pada mulanya bila aku tahu kau bekerja di situ tujuan aku membawa tunang aku adalah untuk membuat kau cemburu jadi mungkin kau akan dapat menerima aku.Tetapi tanpa aku sedari aku telah mencintai tunang aku dan akan cuba melupakan kau Iza..Maafkan aku sekali lagi Iza,walaupun dulu hati aku untuk kau,kini ia hampir pudar dan pertemuan kita ini adalah yang terakhir kerana selepas result kita keluar aku akan berhijrah ke luar negara mengikut tunang aku belajar di sana."sambung Ismail menghuraikan segala2nya.
 
Dikala mendengar penjelasan Ismail,aku hanya mampu tunduk membisu.Hati aku yang mula2nya berbunga mekar kini layu selayu2nya.Harapan aku hancur dan aku harus menerima kenyataannya pula kini.
 
"aku faham.. aku faham Mail.Kalau gitu aku minta diri dulu yer.Maafkan aku sekali lagi.Aku doakan agar kau berbahgia."ucapku hampa.
 
Tiada kata indah yang dapat aku lafazkan.Tiada lagu merdu yang dapat aku dendangkan untuk mengubah cinta Ismail terhadap aku.Dengan hati yang remuk redah kakiku melangkah meninggalkan Ismail sendirian.Memang hati aku terluka dan tiada apa dapat aku lakukan untuk meraih cinta dari Ismail kembali.Biarlah masa menentukan.Yang pasti aku telah merasai apakah itu cinta.Biar sukar untuk aku kikis dari hati ini,demi kebahgiaan aku harus jua menghadapi dan semoga aku berharap ada lagi cinta untukku. 
 
Sampai disini aje.

No comments:

Post a Comment