السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, March 18, 2011

Dari Anas r.a

Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. bersabda, "Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburannya dan kawan-kawannya telah pulang, kendatipun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya dan menanyainya.
Tanya, "Bagaimana pendapat engkau tentang orang ini (iaitu Muhammad saw)?"
Jawab, "Aku mengakuinya bahawa dia hamba Allah dan RasulNya."
Kata Malaikat, "Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagimu dengan tempat di syurga."
Kata Nabi saw, "Dia melihat tempat itu kedua-duanya."
Adapun orang kafir dan orang munafik berkata, "Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang."
Kata malaikat, "Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?" Lalu orang itu dipukulnya dengan pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh makhluk sekelilingnya selain manusia dan jin."
SHAHIH BUKHARI

Wednesday, March 16, 2011

Makna Tersirat Di Sebalik Kata2 Wanita

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri a

Sejarah Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila! berbaring
di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


Sunday, March 13, 2011

20 Tanda Jatuh Cinta

rasa jatuh cinta sukar digambarkan dengan kata2 dan ia amat indah di sulami perasaan warna-warni percintaan......

1.sukar melelapkan mata
-wajahnya terbayang2 di ruang mata....

2.sentiasa berdebar
-dengupan jantung sentiasa berdenyut kencang apabila bertembung dengannya.

3.ambil tahu
-kamu semakin berminat mengetahui tentang latar belakangdirinya.tekun mendengar setiap citer tentang dirinya...

4.resah gelisah
-hatimu sering dirundung kegelisahan bila si dia tidak kelihatan..

5.dihinggapi cemburu
-cemburu bila melihat si dia mesra dengan orang lain.ikutkan ati biar si dia berbual denganmu saja...

6.hobi terbaru,TERMENUNG
-fikiranmu melayang terbayangkan wajah pujaan mu itu...

7.dating
-ada saja alasan untukmu bertemu dengannya.hujung minggu abis dengan kuar dating ajer

8.rindu
-rindu giler....

9.bergayut d telefon
-sehari tak dengar soranya bikin kmu sakit pale!hehehe

10.berubah cita rasa
-kmu lebih gemar menghayati lagu2 cintan ...

11.memberi hadiah
-kalau dah suka tu sebijik banglo pun kamu sanggup nak bg!

12.awl ke tempat keje/skool
-kmu bersemangat untuk melangkah ke hari2 baru mu....semuanya kerana si dia!

13.lebih rajin
-prestasi kamu semakin meningkat,kreatif dan berfikiran positif

14.menjaga penampilan
-penampilan mu seiring dengan arus fesyen masa kini..tp tidak bermakna kmu perlu seksi..dari rambut hinggah kuku kakimu cantik mempesonakan!

15.defensif
-maknanya kmu melakukan pembelaan.pantang diusik kamu pantas membela si dia!

16.merajuk
-kamu terlalu mudah merajuk...yelah nak minta dimujuk kan.

17.mudah salah sangka
-kmu mudah berasa hamapa jika kemahuan mu tidak di turuti...ataupun selalu simpan perasaan yg si dia tidak menyayangi mu walhal dia mmg cayang bangat!

18.sentiasa kata ya
-apa pun pendapat nya selau kmu jawab 'ya'...kmu sentiasa akur dengan permintaan dan pendapatnya walopun kamu agak tidak berapa setuju

19.sanggup berkorban
-untuk si dia sanggup kmu renangi lautan luas..menuruni lurah dan paling penting sanggup berkorban demi si dia! nak terjun klcc pun sanggup kot!

20.jadi org lain
-kmu selalu menjadi pelakon bila berhadapan dengannya..yelah nak tunjuk diri tu perfect dpn s i dia



amacam korang ader ke lam list ni sumer? hehe

Luahkan Perasaan Anda

Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension
Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebit akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung membayangkan perasaanya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.



CARA MELUAHKAN PERASAAN

Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.


TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA
Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan dairi, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang (cuba "bayangkan"), ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.


BERSUKAN
Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.


MELUKIS ATAU MEWARNA
Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).


MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT
Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.


MENARI
Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.

Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fonkepala (headphone)) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!

Buat Mu kEkasih

Kekasihku…
Tidak ku impi kau insan sempurna
Kerana sedar kau juga sepertiku
Mengheret kenangan masa2 lalu
Akibat kealpaan diri yang dulu

Kekasihku…
Tidak ku harap kau insan agung
Di arak pujian maha melambung
Ku akur kau juga sepertiku
Cuba membaiki 1001 kelemahan diri
Natijah nafsu & syaitan yang menguliti

Kekasih…
Tidak ku perlukan kau dari golongan bangsawan
Menghambuskan diriku dengan kemewahan
Jauh sekali pangkat & gelaran
Yang cumanya mulia
Di bibir manusia
Tapi kosong di sisi Ilahi
Mengangkat riak & takbur di pinggir hati

Aduhai kekasih
Ku impikan kau seadanya
Meletakkan Allah & RasulNya sebagai matlamat
Berusaha sepenuh kudrat
Membahagiakan aku & bakal zuriatmu
Berlandaskan syariat
Moga redha rahmat Ilahi
Buatmu, diriku & bakal zuriat kita
Menjadi suratan hakikat

Insya Allah….

















Moga harapan kita menjadi nyata….
Insya Allah….
Aina Mardhiah 2001

CINTA...

Menjadikan Tuhan sebagai cinta agung adalah jaminan kebahagiaan dan keselamatan hidup dunia dan Akhirat.Roh semulajadi manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dikasihi dan mengasihi serta ingin dicintai dan mencintai. Perasaan sayang manusia tiada terhad sesama insan semata tetapi meliputi semua makhluk sama ada yang bernyawa sayang pula diberi hanya sesama manusia, tidak kepada benda. Ini yang membezakan di antara 'sayang' dengan 'kasih sayang'. Manakala perasaan cinta pula walaupun tidak salah diberikan sesama makhluk tetapi cinta paling agung hanya layak diberikan untuk Tuhan. Menyintai atau ingin dicintai oleh manusia bukanlah kemuncak cinta atau cinta agung, kerana cinta sesama manusia tidak kekal. Paling lama sekadar tempoh masa kita masih hidup. Bahkan sering berlaku dalam sebahagian perjalanan usia kita lagi, iaitu sebelum kita mati, cinta itu telah pudar atau terungkai sama sekali. Cinta yang diagung-agungkan dan dipuja-puja itu hancur berkecai. Di sini barulah kita sedar bahawa cinta kepada makhluk atau cinta daripada makhluk bukanlah cinta yang hakiki atau sejati. Itu hanya cinta sementara waktu. Kita sahaja yang menyangka cinta itu sejati dan sampai ke hujung. Rupa-rupanya dalam perjalanan umur, cinta kita kepada orang lain atau cinta orang lain kepada kita, dengan sendirinya dia ataupun kita sendiri yang mengungkainya semula atas sebab-sebab yang berrnacam-macam. Oleh kerana itulah, mencintai makhluk selalu mengecewakan kita sekalipun bukan satu kesalahan. Jadi jangan meminta, menagih atau mengharapkan sangat untuk mencintai manusia atau dicintai oleh manusia walaupun is tidak salah. Cinta itu tidak abadi. Sebaliknya berilah dan terimalah cinta yang kekal abadi. Itulah cinta agung namanya. Iaitu cintakan Allah yang Maha Agung. Inilah cinta yang hakiki, yang sejati, yang kekal abadi dan membawa kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di Akhirat. Cintakan Allah ini tiada tandingan dan bandingannya. Cinta ini jika berjaya diperolehi adalah cinta yang paling memuaskan dan menenangkan. Buahnya paling menghiburkan dan paling membahagiakan. Tetapi malangnya cinta yang hakiki dan agung ini jarang orang ambil perhatian. Jarang orang memburunya seperti cinta-cinta murahan yang lain. Mungkin daripada jutaan manusia, hanya seorang yang memburunya. Kalau seseorang itu telah mencintai Allah, walaupun seluruh makhluk memusuhinya atau membencinya, namun dia tetap mendapat kebahagiaan dan ketenangan. Sebalikriya cinta kepada makhluk tidak akan membawa manusia kepada kebahagiaan sejati dan kekal abadi, selagi cinta hakiki lagi agung daripada Allah itu tidak dimiliki. Sebab itulah orang yang beriman dengan Allah dan mentaatiNya sentiasa tenang walaupun di dalam kesusahan dan ujian. Oleh yang demikian, kalau kita tidak dapat memiliki cinta daripada manusia, usahlah bersedih hati kerana cinta itu tidak abadi. Pun tidak hakiki dan sejati. Kalau begitu, cari dan burulah cinta yang agung, iaitu Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya. Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah: 1.Tiada kecewa Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung. 2.Tiada saingan Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita. 3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut. Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah rarnai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu. 4. Dapat kawan dan perpaduan Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan. 5. Menghilangkan mazmumah Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa. Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia. 6. Disenangi oleh orang Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup. 7. Tidak akan kesepian atau keseorangan Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur. Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa. 8. Jalannya luas dan selamat. Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan. Memburu cinta selain Tuhan dua kali malang Masa berjalan begitu laju. Tidak pernah berhenti walau sedetik. Ertinya begitu laju umur kita meningkat, setiap detik umur kita meninggalkan kita. Setiap detik umur kita berkurang. Tetapi hakikat ini jarang kita rasai. Setiap detik, kita makin jauh meninggalkan dunia dan setiap detik jugalah kita makin dekat menghampiri Akhirat. Kalaulah kita cintakan dunia, maka apa yang kita cintai itu makin hail makin jauh terpisah dari kita. Sedangkan Tuhan yang tidak pernah kita cinta makin dekat dengan kita. Alangkah malang dan terseksanya jiwa terpaksa meninggalkan apa yang kita suka dan cinta. Bertambah malang dan terseksa lagi apabila kita akan berhadapan dengan Tuhan yang tidak pernah kita cinta sepanjang hayat kita. Ertinya kita pergi ke Akhirat, mengadap Tuhan tanpa membawa apa-apa. Yang kita cinta hendak ditinggalkan, manakala yang tidak kita cinta, akan berhadapan dengan kita. Maka kita akan berhadapan dengan dua kali penderitaan, iaitu meninggalkan yang kita cinta, hendak bertemu Tuhan. Roda umur kita makin laju ke hadapan. Dunia yang kita cinta makin jauh kita tinggalkan sedangkan Tuhan yang sepatutnya kita cinta masih jauh dari kita. Aduh, malang sekali nasib kita di sana, negara yang kekal abadi. Kenapa Tuhan perlu dijadikan cinta agung? Setiap makhluk perlu menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya kerana terialu banyak nikmat dan kasih sayang yang Allah limpahkan kepada makhlukNya. Kasih sayang Allah pada makhlukNya boleh dilihat dari dua sudut. Pertama dari sudut ilmu dan kedua dari sudut realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian. i. Dari sudut ilmu Banyak ayat Quran dan Hadis yang memperlihatkan kasih sayang Allah pada hamba-Nya. Di atas kasih sayang Tuhan itu, wajarlah seorang hamba itu meletakkan cinta agungnya hanya kepada-Nya. ii. Di sudut realitinya Dalam realiti kehidupan manusia, kita wajib meletakkan cinta agung kepada Tuhan yang Maha Agung supaya dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang agung di dunia dan Akhirat. Ini kerana: a) Allah itulah Tuhan yang mencipta dan menghidupkan kita serta menjadikan seluruh isi dunia ini untuk kita gunakan, cuma jangan sampai menyalahgunakannya. b) Dia jugalah Tuhan yang menjadikan Akhirat sebagai tempat tinggal kita yang abadi selepas mati. Dan jika kita ber iman dengan-Nya, menyembah dan mentaati-Nya serta berbuat balk seperti yang Dia kehendaki; bukan seperti yang kita kehendaki, maka kita akan ditempatkan di dalam Syurga yang nikmatnya tidak dapat kita bayangkan di dunia ini. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, maka azab NerakaNya pula yang akan ditimpakan kepada kita yang mana tidak dapat digambarkan penderitaannya. Mudah-mudahan Allah melindungi kita dari azab yang dahsyat dan pedih ini. c) Allah jualah yang menciptakan suami untuk berhibur, isteri untuk bersenang-senang dan anak-anak sebagai cahaya mata penyejuk hati. Kalau begitu mengapa kita tidak mencintai Allah, Tuhan yang mengurniakan kita suami, isteri dan anak-anak itu? d) Sewaktu kita diuji oleh kesakitan maka Allahlah yang menyembuhkan. Diberi kelegaan daripada kesakitan yang kita alami. Dikurniakan ketenangan dan kesabaran ketika berhadapar dengan kesakitan dan kesusahan. Disembuhkan selepas sakit bukankah merupakan satu nikmat Tuhan yang wajib disyukuri? e) Allah jualah yang memberi rezeki yang tidak terhingga banyaknya yang mana dengan itulah kita dapat makan, minum, berpakaian dan lain-lain. Maka dengan itu selamatlah kita dari lapar, dahaga, telanjang dan sebagainya. f) Kalau ada masalah atau ujian hidup, kepada Allahlah kita minta penyelesaian. Setiap hamba merasakan dia mempunyai tempat untuk mengadu dan berharap. Ada satu zat yang Maha Agung yang mana setiap hamba boleh menyandarkan segala harapan pada-Nya. Harapan itu pun sudah cukup melegakan. Itu pun sudah memadai untuk menjadikan kita manusia yang tidak berputus asa dan kecewa, harapan ini akan mengurangkan tekanan jiwa. pergi) Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluk. Lebih mulia dan sempurna dari haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Malah manusia yang bertaqwa lebih mulia dari para malaikat. Manusia dikurniakan akal fikiran yang mana dengannya manusia dapat ilmu dan mampu menguasai makhluk lain walau sebesar dan sekuat mana pun makhluk itu. h) Allah jugalah yang menggilirkan malam dan slang agar manusia dapat berehat dan bekerja sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. Cukuplah sekadar itu senarai nikmat-nikmat yang besar yang kita terima dari Tuhan. Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah pada kita yang kita tidak mampu kita hitung, seperti firman Allah:"Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya." Berdasarkan hujah-hujah di atas maka sewajarnyalah kita mencintai Allah iaitu dengan cara beriman dan menyembahNya sepertimana yang Dia mahu, bukan sepertimana yang kita mahu. Seterusnya mentaati perintah dan menjauhi laranganNya. Oleh kerana begitu besar dan agungnya Tuhan dalam hidup kita maka dalam kita berbuat apa sahaja, biarlah bersama Tuhan. Sertakan Tuhan dalam kehidupan, bawalah rasa bertuhan ke mana-mana. Jadikan Tuhan segala-galanya dalam hidup, modal hidup mati kita, aset yang kekal abadi. Mencari Tuhan akan memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita. Meninggalkan Tuhan, kita akan kecundang. Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat diperlukan. Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan. Jika kita memiliki Tuhan hakikatnya kita memiliki segalagalanya manakala kehilangan Tuhan pula adalah kehilangan segala-galanya..............


Siapakah ORang??????

Siapakah orang yang manis senyumanya?
> > Orang yang mempunyai senyuman yang manis
> > adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia
> > kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu
> > sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
> > ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
> >
> >
> > Siapakah orang yang kaya?
> > Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur
> > dengan apa yang ada dan tidak lupa akan
> > kenikmatan dunia yang sementara ini.
> >
> >
> > Siapakah orang yang miskin?
> > Orang yang miskin adalah orang tidak puas
> > dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-
> > numpukkan harta.
> >
> >
> > Siapakah orang yang rugi?
> > Orang yang rugi adalah orang yang sudah
> > sampai usia pertengahan namun masih berat
> > untuk melakukan ibadat dan amal-amal
> > kebaikan.
> >
> >
> > Siapakah orang yang paling cantik?
> > Orang yang paling cantik adalah orang yang
> > mempunyai akhlak yang baik.
> >
> >
> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
> > paling luas?
> > Orang yang mempunyai rumah yang paling
> > luas adalah orang yang mati membawa amal-
> > amal kebaikan di mana kuburnya akan di
> > perluaskan saujana mata memandang.
> >
> >
> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang
> > sempit lagi dihimpit?
> > Orang yang mempunyai rumah yang sempit
> > adalah orang yang mati tidak membawa amal
> > amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
> >
> >
> > Siapakah orang yang mempunyai akal?
> > Orang yang mempunyai akal adalah orang-
> > orang yang menghuni syurga kelak kerana
> > telah mengunakan akal sewaktu di dunia
> > untuk menghindari siksa neraka.
> >
> >
> > Siapakah org yg KEDEKUT ?
> > Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau
> > membuang email ini begitu sahaja, malah dia
> > tidak akan menyampaikan pula pada org lain
> >

Seorang Guru

>      Seorang guru wanita sedang bersemangat
>mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk
>menghadap murid-muridnya.
Di tangan kirinya ada kapur,
>di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata,
>"Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan
>kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika
>saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika
>saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
>
>
>
>
>
>       Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru
>berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri
>tangannya, semakin lama semakin cepat.
>   Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik
>sekarang
>perhatikan.
>      Jika saya angkat ! kapur, maka sebutlah "Pemadam!",
>jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!".
>Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid
>tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
>mengubahnya.
>      Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak
>lagi kekok. Selang
>                      beberapa saat, permainan
>berhenti.
>
>
>
>
>   Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya.
>"Murid-murid, begitulah
>kita
>umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu
>bathil. Kita
>begitu
>   jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh
>kita memaksakan
>kepada
>kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu,
>dari yang haq
>menjadi
>bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mung! kin akan
>sukar bagi kita
>menerima
>hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan
>dengan cara-cara
>menarik
>   oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa
>dengan hal itu.
>Dan
>    anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu
>tidak pernah
>berhenti
>                    membalik dan menukar nilai dan
>ketika.
>
>
>
>
>    "Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi
>sesuatu yang pelik,
>Zina
>   tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal
>yang lumrah,
>tanpa
>   rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan
>dan trend,
>hiburan
>      yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang
>wajib adalah biasa,
>    materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan
>lain lain."
>"Semuanya
>sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi
>sedikit
>menerimanya
>   tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
>Paham?" tanya Guru
>kepada
>                       murid-muridnya. "Paham cikgu..."
>
>
>
>
>
>              "Baik permainan kedua..." begitu Guru
>melanjutkan.
>
>
>
>
>   "Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah
>karpet. Sekarang
>anda
>   berdiri diluar karpet. Permainannya adalah,
>bagaimana caranya
>mengambil
>               Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak
>karpet?"
>
>
>
>
>   Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba
>alternatif dengan
>tongkat,dan
>                                  lain-lain.
>
>
>
>
>
>   Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya
>karpet, dan ia
>ambil
>   Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak
>karpet."Murid-murid,
>begitulah
>        ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh
>Islam tidak akan
>       memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana
>tentu anda akan
>menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela
>kalau Islam
>dihina
>    dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda
>perlahan-lahan
>dari
>                     pinggir, sehingga anda tidak
>sadar.
>
>
>
>
>    "Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka
>dibina tapak
>yang
>   kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka
>bangunlah aqidah yang
>kuat.
>    Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu
>susah kalau dimulai
>dgn
>    tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding
>akan dikeluarkan
>dulu,
>
>
>
>
>    kerusi dipindahkan dulu, Almari dibu! ang dulu satu
>persatu, baru
>rumah
>                               dihancurkan..."
>
>
>
>
>
>"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia
>tidak akan
>menghentam
>   terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan
>meletihkan anda. Mulai
>dari
>   perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain,
>sehingga meskipun
>anda
>muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
>mengikuti cara
>yang
>    mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
>semua adalah
>fenomena
>   Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
>dijalankan oleh
>musuh
>                               musuh kita... "
>
>
>
>
>
>    "Kenapa mereka tidak berani terang-terang
>memijak-mijak cikgu?"
>tanya
>                                murid- murid.
>
>
>
>
>
>     "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang
>menyerang, misalnya
>Perang
>Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
>tidak lagi."
>"Begitulah
>Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak
>akan sedar,
>akhirnya
>         hancur! .
Tapi kalau diserang serentak
>terang-terangan, mereka
>
>
>
>
>               akan bangkit serentak, baru mereka akan
>sadar".
>
>
>
>
>    "Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali
>ini, dan mari
>kita
>berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar
>terik takala
>anak-anak
>itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan
>pikiran
>masing-masing
>                               di kepalanya...
>
>
>
>
>
>                          RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
>
>
>
>
>
>   TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH
>MEMBERI TAUFIQ
>DAN
>    HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA...
MARILAH KITA
>SAMA2 SEDAR
>BAHAWA
>               AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN
>TERANCAM!
>
>
>
>
>    UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG
>RINGGIT, DILALAIKAN
>DENGAN
>    KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA
>HILANG MARUAH DAN
>HARGA
>                                    DIRI!!
>
>
>
>
>
>JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU
>BERSAMA2..USAH HANYA
>BILA
>SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA
>DINEGARA2 LAINNYA,
>BARU
>     KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM
>TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH
>           TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN
>YG DIALAMI.
>
>
>
>
>                  YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT
>ISLAM?AMIIINN...

Mengapa Harus Cinta

Aku masih bingung.Adakah aku harus menerima cinta Ismail atas dasar kasihan.Perpisahan aku dengan Zul tidak harus aku jadikan sandaran untuk aku menagih cinta baru dengan mudah.Aku sendiri tidak menyedari sejak bila Ismail menyimpan perasaan terhadap aku,walhal dia sendiri tahu sebelum ini aku sudah mempunyai teman lelaki.Ketulusan dan keiklasan Ismail jelas ketara kerana dia sanggup menunggu aku memberikan jawapan.
 
"kenapalah dia pilih aku..yang aku tahu Midah suka kat dia."pertanyaan aku ajukan kepada teman baikku Ijan.
 
"Midah tu perasan sendiri ajelah Iza..takkanlah Mail tu main-main.Aku tengok dia betul2 serius terhadap kaulah."jawap Ijan.
 
"tapi..aku tak pastilah Ijan..takkan demi nak jaga hati dia,aku harus terima saja cinta dia."soalku resah.
 
Ismail masih menantikan jawapan dariku,namun aku masih belum dapat memberikan jawapan yang pasti.Ismail kelihatan kecewa tetapi dia tetap akan terus bersabar menantikan jawapan dari aku.
 
"aku tetap akan menanti jawapan kau Iza."tegasnya bila setiap kali dia bertentang mata dengan aku.
 
Aku benar2 serba salah tetapi begaimana harus menerima seseorang yang aku tidak cintai.Biarpun kami rakan sekelas,aku tidak menyangka Ismail menaruh hati terhadap aku.Terasa rimas juga aku dibuatnya,memandangkan kami sekelas jadi setiap hari kami akan bersua muka.Ismail tidak henti2 memberi isyarat kepada aku.Sehinggakan aku merasakan tidak selesa dan bosan sekali.
 
"boring..boring..aku..,Ijan macam mana nie..nak elak dari Mail tu,dahlah kita sekelas..tolonglah Ijan..aku mati akal nie."luahku.
 
"kau nie pun satu..buat bodoh ajelah..silap2 nanti si Mail tu pun akan bosan menunggu jawapan kau.Lepas tu dia pasti tak kisah lagi dengan kau."balas Ijan balik.
 
"iyelah tu..sampai bila..itu kalau dia fed-up..kalau tidak aku yang akan gila nanti!!"ngomelku lagi.
 
"jangan kau yang gila kat dia pulak..baru padan muka kau..hahahaha"usik Ijan kertawa.
 
"kau nie..aku minta pandangan,kau tambahkan masalah pula."jawabku geram.
 
Bukan saja di dalam kelas,aku terpaksa berhadapan dengan Ismail malah di setiap aktiviti sukan dan kokurikulum ada saja kelibat Ismail.
 
"kenapalah dia nie tak bosan2 memburu aku.Cantik sangat ker aku nie.Kat sini muka dia..kat sana muka dia...hisshhh...kalau gini boleh gila aku nanti.."rungutku sendirian dengan perasaan geram.
 
Tika aku melayan perasaan sendirian dan tanpa aku sedari,Ismail telah berdiri di hadapan aku.
 
"hai Iza..boleh aku cakap sikit dengan kau sekejap."pinta Ismail.
 
Alangkah terperanjatnya aku bila melihat mamat selamba ni sedang berdiri dihadapan aku.
 
"a..a..aku..sedang tunggu Ijan nie..sorrylah yer Mail..aku nak cepat nie."bohongku dan tergesa2 berlalu meninggalkan Ismail.
 
Setiap hari aku merasakan aku tidak bebas kerana sering menjadi buruan Ismail.
 
"apa dia nie tak faham2 lagi ke..kalau aku tidak sudi melayan dia,itu maknanya aku tak suka dialah.."rungut aku melepaskan geram.
 
"sabar Iza..apa nak buat kalau orang dah suka..menunggu lama pun sanggup."seloroh Ijan bersahaja.
 
"kau nie Ijan..bukan nak tolong aku..tambahkan marah aku aje.Bagilah aku idea macam mana aku nak elakkan diri dari mamat nie.Dahlah kita nie satu kelas dengan dia."keluhku.
 
Sebenarnya Ismail bukanlah tidak kacak kerana setahu aku ramai pelajar perempuan yang tergila2 dekat dia,tetapi aku tidak tahu kenapa aku tidak dapat menerimanya.Mungkin aku tidak mahu menjadi perhatian kerana Ismail adalah seorang pengawas dan segala tindak tanduk dia menjadi perhatian pelajar2 perempuan lain.Kalau aku dikenali sebagai teman wanitanya,pasti aku merasa tidak bebas.Aku pula suka berkawan dengan ramai pelajar lelaki di sekolah.Aku tidak suka dikongkong dan terikat dengan istilah 'teman istimewa'.Cukuplah aku merasainya dulu,kalau aku tidak membuat keputusan memutuskan perhubungan dengan Zul,sudah pasti aku terpaksa menjadi tawanan cinta sehingga kini.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Seperti biasa aku dan Ijan akan bertandang ke perpustakaan,cuma hari ini aku terpaksa ke perpustakaan sendirian kerana Ijan terpaksa pulang awal selepas sekolah.Belum sempat aku melangkah masuk,tiba2 tangan aku ditarik seseorang dengan pantas dan kuat sekali.Aku hampir2 berada dalam dakapannya tetapi dengan cepat aku cuba mengelak dari memeluk insan tersebut.Nasib baik tiada sesiapa yang melihat kejadian yang tidak diingini ini.
 
"aduhhh..apa nie tarik2 orang..gila ke!!"marahku dan sebaik dapat melihat dengan jelas,rupa2nya Ismail yang menarikku.
 
"maaf Iza..maaf.."Ismail bersuara lembut.
 
"boleh tak kau lepaskan tangan aku dulu..sakit tau!!Nanti aku menjerit baru padan muka kau."marahku lagi.
 
"oppps..ok..maaflah Iza..aku tak sengaja,sebab aku takut kalau kau dah masuk ke dalam,takdelah peluang aku nak cakap dengan kau.Please Iza..I need to talk with you."luah Ismail berharap.
 
"kau nak cakap apa lagi nie Mail.Kau tak faham2 lagi ke.Maaflah Mail..aku nak cepat nie,nak ulangkaji.Lainkali ajelah kita cakap ok."gertakku berani.
 
"tapi kenapa Iza..bolah tak aku bertanya..aku nie tak layakkah untuk kau..atau kau dah ada orang lain."soal Ismail ingin tahu.
 
"aku dah ada ke belum..takkan itupun aku nak heboh2kan atau beritahu kau.Aku takde masa nak cintan cintun sekarang ini..kan tahun nie kita nak exam..sorry lah Mail..terus terang aku katakan aku tak dapat terima cinta kau itu.Tapi kalau kau rasa nak berkawan biasa aje dengan aku ..silakan..lebih2..tidak..sama sekali tidak.Noktah.."aku melepaskan segala yang terbuku dihati.
 
Aku sedar kata2ku ini mungkin akan membuat hati Ismail terguris dan terluka tetapi dia juga harus mengetahui kebenarannya.
 
Ismail terpaksa jua menerima hakikat kebenarannya biarpun tercalit luka.Ternyata kekecewaan terlukis diraut wajahnya yang kacak itu.Apakan daya aku tidak dapat menerima cinta dia.Hati aku langsung tidak menyayangi dia.Ismail berlalu dengan perasaan hampa dan aku mengiringi setiap langkahnya yang longlai itu sehinggalah ia hilang dari pandanganku.Ismail terus berlalu tanpa menoleh ke arahku.
 
"uhhh..lega aku."akhirnya aku dapat menarik nafas lega.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
"kau nie memang menolak tuahlah Iza..ramai yang nakkan si Mail yang hensem tu."seloroh Ijan sebaik saja aku menceritakan kepadanya.
 
"termasuk kau ke....aha..lepas nie kau tacklelah dia yer!!"usik aku sengaja.
 
"aku..dia tak pandang pun..lainlah kau..rupa pun kira cantiklah juga.Kalau kau terima dia pasti akan tersebar luaslah gossip korang berdua di sekolah kita nie.Famouslah korang nanti..pasti nanti cikgu2 pun asyik berbual pasal korang.Kan pasangan ideal."Ijan mengusik sakan.
 
Aku hanya mampu tersenyum.Semenjak aku memberikan penjelasan kepada Ismail,semasa dalam kelas aku lihat Ismail sedikit murung dan tidak ceria seperti dahulu.Kalau boleh aku tidak mahulah dikatakan penyebab utamanya.
 
"risau juga aku..silap2 aku disalahkan.Yelah.. Mail tu pengawas dan salah seorang pelajar terpandai pula tu.Kau jangan Mail..aku tak buat salah kat kau pun."monolog aku sendirian.
 
Peperiksaan semakin hampir dan setiap masa dihabiskan untuk mengulangkaji.Aku dan Ijan setiap hari berkunjung ke perpustakaan.Aku terpandang sesusuk tubuh di sebalik rak2 buku.Kelihatan kelibat Ismail sedang mentelaah sendirian.Aku hampir nak kertawa bila melihat riak wajah Ismail yang seperti kebudak-budakan kerana bila dia didalam kesedihan,pasti tercebik muncung dibibirnya.Dalam pada aku asyik memerhatikan Ismail,Ijan menerjah aku.Nasib baik aku tidak terjerit di situ.
 
"syyyyyyh..tengok tu.."suruhku dengan nada suara berbisik.
 
Ijan cuba menyintai pula.Hampir2 Ijan kertawa tetapi nasib baik aku sempat menekup mulutnya.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Hari yang dinanti2kan pun tiba,dan sebaik kesemua pelajar melangkah ke dewan peperiksaan, tersemat dihati dan fikiran masing2 hanya inginkan kejayaan setelah berhempas pulas mengulangkaji.Aku juga inginkan segulung harapan dan impian yang tinggi sebab aku mahu melangkah masuk ke universiti kelak.Hampir 3 minggu peperiksaan berlangsung akhirnya ia berakhir hari ini.Memandangkan keputusan peperiksaan hanya akan keluar 3 atau 4 bulan lagi,nampaknya masa aku selepas ini hanya duduk dirumah ajelah.
 
"Iza..kita cari kerja part time nak..boringlah duduk kat rumah aje."saran Ijan sewaktu bertandang kerumahku.Ini kali pertama kami bertemu setelah 2 minggu duduk di rumah masing2.
 
"bagus juga tu.Ok..esok kita mula cari kerja."sambutku dengan senang hati.
 
"aha Iza..apa khabar mamat hensem tu.Dia tak call kau ker.."usik Ijan.
 
"hishh kau nie..nak kenekan aku aje.Mamat tu..dah habis exam takde pula dia cari aku yer.."seloroh aku pula.
 
"dah rindu pula ker kau kat dia..tulah padan muka siapa suruh kau tolak cinta dia."Ijan terus mengusik.
 
"rindu..aku rindu kat dia..no way..dia yang terindu2 kat aku adalah kot..sebab tu bulu mata aku nie asyik berkedip2 aje."
 
Kami kertawa terbahak2 sehingga tidak menyedari hari hampir ke senja.Ijan pun meminta izin untuk pulang.
 
Didalam kesamaran malam yang hanya ditemani beberapa butir bintang,aku melayani perasaan sendirian dikamar.Esok aku dan Ijan akan mula mencari pekerjaan sementara menanti keputusan peperiksaan.Tanpa aku undang secara tiba2 fikiran aku melayang mengingati Ismail.Bila aku ingati kembali kata2 kesat aku kepadanya,aku menjadi serba salah kerana tergamak melukai hati Ismail tanpa memikirkan perasaannya.
 
"arggghh..apalah aku nie..tiba2 aje ingat kat mamat nie.Baik aku tidur,esok ada janji dengan Ijan."bisikku sendirian.
 
Seperti yang dijanjikan aku dan Ijan keluar bersama untuk mencari kerja.Mungkin dah rezeki,kami telah mendapat kerja di sebuah restoran segera dan esok kami akan mula bekerja.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Hampir sebulan aku dan Ijan bekerja di situ,berbagai karenah yang dapat aku lihat dari pelanggan2 yang makan di situ.Dalam pada aku sibuk mengambil pesanan dari pelanggan,masuk seseorang yang aku kenali dan duduk di meja sebelah aku berdiri.
 
"Mail..apa dia buat kat sini.."hatiku berbisik.
 
Ismail tidak bersendirian,disampingnya ada seorang gadis cantik yang aku tidak kenali.Bila aku berpura2 menoleh kepadanya,dia memberikan senyuman yang sengaja dia buat2.Oleh kerana aku sedang mengambil pesanan pelanggan tadi,jadi Ijan telah mengambil pesanan Ismail dan gadis tersebut.Tergugat juga perasaan aku bila melihat Ismail,lebih2 lagi disamping seorang gadis yang cantik.Aku sangkakan tiada lagi pertemuan setelah aku kecewakan dia,tapi kini dia hadir membawa kekecewaannya untuk aku pula.Tergambar kegembiraan diriak wajah Ismail,tetapi aku tidak tahulah samada dia sengaja berbuat demikian untuk menyakiti aku atau sengaja menguji aku.Sebaik mereka berlalu,aku mendapatkan Ijan.
 
"kau tengok tu Ijan..aku ingatkan dia tengah frust menonggeng..rupa2nya dah bertemu kekasih hati.Lepas tu sengaja pula dia nak tayang kat kita."gomelku.
 
"hai cemburu nampaknya kau.Alah kebetulan aje dia datang sini..takkan dia tahu kita kerja sini,lepas tu dia sengaja bawa teman wanitanya nak tayang kat kau."borak Ijan selamba.
 
Semenjak bertemu dengan Ismail kembali,hati aku mulai terasa sesuatu yang aku tidak pasti.Adakah aku telah jatuh hati kepadanya atau aku sekadar bermain dengan perasaan saja.Yang pasti aku terasa amat merindui wajah jejaka yang pernah untuk cuba mendampingi aku dahulu.Mungkin juga kini aku tidak sibuk dengan kelas dan aktiviti kegiatan sekolah telah membuat aku mulai dapat memikirkan tentang Ismail.
 
Hampir sebulan aku bekerja dan setiap hari juga Ismail akan datang makan di restoran tempat aku bekerja.Semakin hari aku merasakan di dalam hatiku ini timbul satu perasaan yang aku sendiri tidak dapat gambarkan setiapkali melihat Ismail.Jantungku juga sering berdegup kencang.Semua kerja yang aku lakukan serba tidak kena.Kalau boleh aku tidak mahu mengalihkan pandangan aku darinya.
 
Timbul berbagai persoalan mengapakah dia selalu datang ke sini.Aku ingin menyapanya tetapi terasa segan kerana gadis yang disebelah Ismail membuat lidah aku kelu untuk berkata2.Hanya senyuman yang mampu aku lemparkan kepada Ismail.Dalam pada aku melayan perasaan aku sendirian semasa waktu rehat,Ijan menerjah aku.
 
"hai..ingatkan dia yer?Alah kalau kau suka kat dia terus terang ajelah.Tulah dulu kau menolak dia,sekarang nie aku tengok kau macam dah kene sampuk aje.Bila Mail tu masuk aje ke sini..senyuman kau pun meleret-leret."
 
"hishh..kau nie memandai aje.Entah dia suka kat aku lagi ke tidak,aku tak tahu.Kalau tidak malu aku dibuatnya.Entahlah mengapa aku asyik teringat kat dia aje.Bila tak nampak dia,aku jadi tak keruan,nak buat kerja pun malas."luahku berterus terang.
 
"haaa..mengaku pun kau.Baru padan muka kau."ujar Ijan perli.
 
"yelah..aku mengaku..tolonglah aku.Takkan aku yang nak mulakan dulu.Aku tengok Mail pun macam dah tak nak memburu aku lagi macam dulu."rajukku.
 
"yelah..sebab kau dah ajar dia dulu..dia dah seriklah.Aku sarankan kau berterus terang aje dengan dia.Manalah tahu dia ada perasaan lagi terhadap kau."suruh Ijan.
 
"tapi,awek yang selalu bersama dia tu jangan2 kekasih dia..kalau gitu melepaslah aku."aku meneka dalam kecewa.
 
"kalau kau tak tanya dia sendiri macam mana kau nak tahu..jumpa aje dia.Kalau dah jodoh korang berdua apa sekali rintangan pun korang tetap akan bersatu kelak.Tapiiiii..kalaulah gadis tu bakal isteri dia..meranalah kau ."Ijan pula memberi pendapat.
 
Aku diam membisu.Melayan perasaan sendirian.
 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
Bagaimana harus aku luahkan kepada Ismail kerana gadis itu setiap hari disisinya.Jadi aku menyuruh Ijan memberikan sekeping nota secara rahsia agar aku dapat bersemuka dengan Ismail.Untuk menyampainya sendiri kepada Ismail tidak terdaya rasanya.
Seperti yang dijanjikan petang ini aku bertemu dengan Ismail.
 
"hai Mail.."tegurku pendek.
 
"hai Iza..kau apa khabar."balas Ismail pula.
 
"aku baik2 aje."
 
"Ijan bagi surat kat aku tadi,dia cakap kau nak berjumpa dengan aku.Kenapa Iza,kau ada masalah ker."tanya Ismail.
 
"sebenarnya aku ingin meminta maaf dengan kau sebab aku telah menyakiti hati kau dulu.Seperkara lagi aaa..aku..nak beritahu kat kau yang..a..aku dah ja..tuh hati dengan kau Mail semenjak kita bertemu kembali."bicaraku tanpa berselindung lagi,biarpun aku malu.
 
Ismail terdiam seketika seperti sedang memikirkan sesuatu.
 
"mengapa Mail..kau masih marah kat aku ke."tanyaku pula.
 
"bukan Iza..aku sedikit pun tidak marahkan kau.Aku faham segala2nya dulu.Dan aku dapat menerima kenyataan tetapi maafkan aku Iza..aku tak dapat menerima kau kerana.."jelas Ismail tetapi kata2nya terhenti seketika.
 
"kenapa Mail..beritahulah aku.Memang aku malu kerana dulu aku menolak cinta kau.Kini aku sendiri tidak tahu kenapa aku tiba2 mempunyai perasaan terhadap kau.Aku tak berdaya Mail..semakin hari bila aku mengingati kau, aku jadi tidak keruan dan hati aku sering saja bergolak kencang."dengan berani aku meluahkan isi hatiku.
 
"Iza..baik aku berterus terang saja dengan kau.Sebenarnya aku sudah bertunang.Gadis yang bersama aku setiap hari itulah dia.Dulu aku tidak menyintai dia kerana aku masih menyimpan cinta untuk kau,tetapi oleh kerana budi dan sikapnya yang lemah lembut itu membuat aku mulai jatuh hati kepadanya.Aku tidak sampai hati menghancurkan hatinya kerana aku pernah merasainya dahulu.Maafkan aku Iza.."cerita Ismail dengan sebenar2nya.
 
Bicara Ismail terhenti,dia mengeluh dan seperti sedang memikirkan sesuatu.Mungkin kata2 yang seterusnya akan lebih melukakan aku.
 
"dan aku juga ingin minta maaf kepada kau,pada mulanya bila aku tahu kau bekerja di situ tujuan aku membawa tunang aku adalah untuk membuat kau cemburu jadi mungkin kau akan dapat menerima aku.Tetapi tanpa aku sedari aku telah mencintai tunang aku dan akan cuba melupakan kau Iza..Maafkan aku sekali lagi Iza,walaupun dulu hati aku untuk kau,kini ia hampir pudar dan pertemuan kita ini adalah yang terakhir kerana selepas result kita keluar aku akan berhijrah ke luar negara mengikut tunang aku belajar di sana."sambung Ismail menghuraikan segala2nya.
 
Dikala mendengar penjelasan Ismail,aku hanya mampu tunduk membisu.Hati aku yang mula2nya berbunga mekar kini layu selayu2nya.Harapan aku hancur dan aku harus menerima kenyataannya pula kini.
 
"aku faham.. aku faham Mail.Kalau gitu aku minta diri dulu yer.Maafkan aku sekali lagi.Aku doakan agar kau berbahgia."ucapku hampa.
 
Tiada kata indah yang dapat aku lafazkan.Tiada lagu merdu yang dapat aku dendangkan untuk mengubah cinta Ismail terhadap aku.Dengan hati yang remuk redah kakiku melangkah meninggalkan Ismail sendirian.Memang hati aku terluka dan tiada apa dapat aku lakukan untuk meraih cinta dari Ismail kembali.Biarlah masa menentukan.Yang pasti aku telah merasai apakah itu cinta.Biar sukar untuk aku kikis dari hati ini,demi kebahgiaan aku harus jua menghadapi dan semoga aku berharap ada lagi cinta untukku. 
 
Sampai disini aje.

Demi Kerana Cinta


Adilla meraba2 ke perutnya seolah-olah janin didalam rahimnya sedang bergerak2 walaupun kandunganya baru berusia 3 minggu.Tidak sabar rasanya Adilla hendak menunggu selama 8 1/2 bulan untuk melahirkan bayinya itu dan mendakapnya.Tiba2 kegelisahan bermain2 sejenak difikiran Adilla.

"dapatkah aku melihatnya nanti."bisik hati kecilnya.

Kata2 doktor Zaidah membuat Adilla tidak ketentuan.Kebimbangan dan ketakutan mulai mengganggu emosinya.

"awak masih nak teruskan juge ke kandungan awak tu puan Adilla.Ia benar2 akan memberikan risiko yang tinggi kepada awak nanti."jelas doktor Zaidah.

"walau apa pun yang terjadi saya tetap akan meneruskan kehamilan saya ini dan akan melahirkannya.Dialah satu2nya penyambung nyawa saya di dunia ini kerana saya tiada sesiapa lagi di sini."Adilla tetap dgn keputusannya.

Berita tntg kehamilannya belum lagi disampaikan kepada suami dan mertuanya.Suaminya Mustakim yang dinikahinya 4 bulan yang lalu adalah atas dasar pilihan ibu mertuanya yang telah menjadi ibu angkat Adilla sejak dia berumur 12 tahun dimana kesemua keluarganya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Oleh kerana Adilla tidak mahu membuat ibu mertuanya kecewa dan berkecil hati,dia terpaksa juga menikahi abang Mustakim yang telah dianggap sebagai abang kandungnya sendiri.

Adilla juga tidak mahu digelar sebagai seseorang yang tidak tahu mengenang budi kerana ibu mertuanya benar2 menyayanginya dan dia diberikan segala2nya seperti anaknya sendiri.

Tetapi Adilla tahu abang Mustakim tidak menyintainya kerana dia telah pun mempunyai kekasih.Sebelum menikahi Adilla,ibu mertuanya telah menentang hubungan abang Mustakim dengan Haidah dan sekiranya abang Mustakim tetap berdegil,ibu mertuanya tidak akan menganggap abang Mustakim sebagai anaknya lagi.Adilla juga serba salah,sehinggakan Haidah menyalahkannya

"ingat Dilla,walaupun kau yang kahwin dengan Mus,aku tetap akan bersama2 dia.Mus hanya cintakan aku."ugut Haidah.

Adilla hanya berdiam diri dan dia tahu sampai sekarang abang Mustakim masih menemui Haidah.

"tapi kaukan isteri yang sah,kau berhak ke atas suami kau."

"memang aku berhak tetapi dari zahirnya aje,batinnya tidak.Abang Mus langsung tidak mencintaiku."terang Adilla lagi.

"habis,kandungan kau tu bukan tanda cinta ke?.."soal Ani.

"aku hanya menjalankan kewajipan pada suamiku,sekiranya dia mahu aku melayannya takkan aku hendak membantah.Lagipun kandungan ini adalah satu anugerah buat diri aku."Adilla menjelaskannya lagi lalu menggosok2 perutnya.

Kandungan Adilla hampir mencecah 2 bulan tetapi dia masih belum lagi menyampaikan berita gembira itu kepada abang Mus dan ibu mertuanya.Seolah2 Adilla ingin merahsiakannya.Memandangkan tubuhnya yang kurus dan perutnya yang kecil,tiada siapa akan tahu bahawa Adilla sedang mengandung.Dia juga tidak mengalami muntah2 atau loya seperti kebanyakkan wanita hamil yang lain,hanya beberapa hari saja selepas itu segala2nya seperti biasa.

"Dilla,ibu teringin sangat nak menimang cucu,bilalah agaknya tu yea?"ibu mertuanya bersuara di kala mereka minum petang bersama.

Adilla faham maksud ibu mertuanya,tetapi dia sengaja buat2 tidak faham.

"sabarlah bu..pasti ada rezeki nanti.Lagipun sekarang ini abang Mus sibuk sangat dan sering out station."jelas Adilla berselindung disebalik kebenaran.

Sebenarnya Adilla tahu abang Mustakim pergi kemana.Sudah hampir seminggu abang Mustakim tidak pulang kerana dia sedang berbulan madu bersama Haidah.
Adilla benarkan abang Mus berkahwin dengan Haidah kerana dia tidak mahu mereka melakukan dosa dan dia juga mahu memberikan kembali hak Haidah yang telah diambilnya dulu.

"terima kasih Dilla kerana benarkan abang berkahwin dengan Haidah,abang janji abang tak akan mengabaikan Dilla.Tapi jangan beritahu ibu yea."ucap Mustakim gembira bila Adilla menyuarakan agar dia dan Haidah bernikah saja.

"Dilla tak kisah abang..Dilla tahu abang hanya cintakan Haidah.Kerana Dilla lah abang terpaksa bernikah dengan Dilla."jelas Adilla sedikit kecewa.

Adilla akui sedikit sebanyak dia telah mula mencintai abang Mustakim dan dia tidak pernah menyuarakan kepada suaminya kerana dia tahu dia hanya bertepuk sebelah tangan.Jadi biarlah dia berkorban untuk kebahagiaan abang Mus.Lagipun abang Mus tidak pernah memarahi dia ataupun memukulnya walaupun dia dipaksa bernikah dengan Adilla.Abang Mus tetap melayannya dengan baik tetapi tidak seumpama kemesraan seorang suami kepada isterinya.Tetapi Adilla teramat merindui belaian itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tiba2 malam ini sakit kepalanya menyerang lagi,sepantas kilat Adilla mengapai ubatnya yang tersimpan rahsia di almarinya.Tidak siapa pun yang tahu tentang kesakitan yang Adilla sedang alami sekarang ini.Ubatnya tinggal sedikit sahaja,esok dia akan [ergi membelinya dari doktor Zaidah.

"sampai bila awak nak begini Dilla,penyakit awak tu dah semakin serius.Sekarang awak dah mengandung pula,tentu semakin sukar untuk melakukan pembedahan."soal doktor Zaidah simpati.

"tak apalah doktor,saya boleh menanggungnya,yang penting bayi saya sihat."jawab Adilla sedikit lemah kerana penyakitnya yang mula menyerangnya kembali.

"tak tahulah saya macam mana nak nasihat awak,pergorbanan awak nie terlalu besar. Awak sememangnya kuat dan tabah.Kalau orang lain yang berpenyakit tumor otak seperti awak nie dah lama mereka give-up."doktor Zaidah mengagumi Adilla.

Adilla mengidap penyakit kanser tumor di otak setahun yang lalu bila dia sering saja sakit kepala hingga tidak tertahan rasanya.Dengan nasihat rakan2 sepejabatnya Adilla bersetuju untuk membuat pemeriksaan.

"maafkan saya Adilla,nampaknya penyakit awak nie terlalu serius.Saya harap awak dapat menerima kenyataan ini sekiranya saya memberitahu awak."terang doktor Zaidah seorang pakar kanser.

"apa dia doktor beritahulah saya,walaupun ia memeritkan."tanya Adilla pula.

"begini Adilla...awak sebenarnya mengidap kanser tumor di otak dan ia sudah diperingkat kritikal.Awak perlu menjalani pembedahan segera,jika tidak ia akan membawa maut kepada awak."doktor Zaidah berterus-terang.

Adilla terkedu sejenak mendengar penjelasan doktor Zaidah.Dia jadi tidak ketentuan dan bingung.Haruskah dia memberitahu keluarga angkatnya.

"cik Dilla..awak ok ke??"tanya doktor Zaidah bila melihat Adilla hanya berdiam diri.

"saya ok doktor...Cuma saya rasa perkara ini janganlah diberitahu kepada sesiapa.Ini rahsia kita berdua."balas Adilla sedikit kegugupan menahan sebak.

"tapi..keadaan awak agak merbahaya,takkan awak tidak mahu menjalani pembedahan."tanya doktor Zaidah berkerut dahinya.

"tidak doktor..tolong saya simpan rahsia ini.Buat masa ini biarlah saya begini dan saya sanggup menanggung kesakitannya.Please!!doktor rahsiakan yea." rayu Adilla berharap.

"baiklah!!terserah kepada awak,kalau nanti awak sudak menukar fikiran...hubungilah saya.Sementara ini saya hanya boleh memberikan ubat menahan kesakitan saja."ujar doktor Zaidah lagi.

Adilla tidak mahu menyusahkan keluarga angkat dan mertuanya ini,jadi dia sanggup menanggung kesakitan.Difikirannya hanya tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan mereka.Mana hendak dicari duit pembedahan yang begitu tinggi.Jadi ia berlalu begitu sahaja dan Adilla terpaksa menelan ubat bila kesakitan itu menyerang.

Mungkin ini adalah kesan kemalangan yang dialaminya kerana semasa kemalangan itu yang meragut kesemua nyawa keluarganya,hanya Adilla yang terselamat.Dia memang terhantuk kuat tapi dikesan tidak membahayakan jadi dia tidak pernah menjalani pemeriksaan lanjut selepas itu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Adilla berasa takut kerana usia kandungannya sudah nak masuk ke 4 bulan dan perutnya sudah kelihatan sedikit membenjol.Lalu dia memikirkan sesuatu untuk mengelakkan diri dari suami dan mertuanya.

"bang...Dilla nak cakap sesuatu boleh?"Adilla menyuarakan apa yang sedang dia fikirkan kini.

"cakaplah.."balas Mustakim pendek.

"begini,syarikat Dilla nak buka cawangan di Pulau Pinang jadi mereka memerlukan seorang pegawai untuk ke sana selama 7 bulan,Dilla telah dipilih tetapi Dilla belum memberikan jawapannya.Kalau abang benarkan dan setuju Dilla ingin menerima tawaran syarikat Dilla itu."cerita Adilla seolah2 serius.

"kalau Dilla rasa Dilla boleh melakukan dan Dilla suka,pergilah..abang tak halang."jawab Mustakim tanpa berfikir panjang.

"terima kasih bang..lagi 2 hari Dilla bertolak."

Adilla tahu pasti Mustakim membenarkannya kerana dia tidak kisah pun kalau Adilla hendak kemana,kerana dihatinya tiada perasaan kasih dan sayang.Adilla sedikit sedih tetapi untuk melindungi kebenaran dia harus berada jauh dari mereka.

Sebenarnya pun Adilla tidak akan kemana2,dia hanya akan menumpang dirumah Ani sehinggalah dia selamat melahirkan anaknya.Ibu mertuanya agak keberatan untuk membenarkan Adilla pergi.

"tak de orang lain ke yang nak dihantar kesana Dilla..lama tu,nanti ibu rindukan Dilla."ibu mertuanya bersuara sedih.

"ibu,bukan lama sangat 7 bulan aje.Nanti Dilla telefon ibu tiap2 hari,Dilla janji ok."jelas Dilla untuk menyedapkan hati ibu mertuanya.

Adilla dijemput oleh Ani dengan keretanya petang itu.Adilla melihat ibu mertuanya begitu sedih dan hati Dilla tidak keruan juga dibuatnya.Tetapi demi cintanya pada suami dan keluarga mertua,Dilla harus mengelakkan mereka dari mengetahui perkara sebenar.

"tengok tu Dilla kesian ibu mertua kau,dia benar2 sayangkan kau..beritahu sajalah tentang kandungan kau tu.Mengapa pula kau nak simpan2 rahsia lagi."suruh Ani ketika didalam kereta.

Adilla hanya berdiam diri,berterus-terang hanya akan menambah luka dihati mereka.Kalau mereka tahu dia sedang menderita sakit pasti mereka tidak setuju dia mengandung sekarang ini.Mungkin sedari awal kehamilan mereka akan menyuruh dia menggugurkan kandungannya.

Adilla juga tidak mahu meraih simpati abang Mustakim.Jangan pula bila diketahui dia sedang sakit,abang Mustakim hanya akan mendekatinya kerana kasihan bukan kerana cinta.Tiada sesiapa yang mengetahui Adilla sedang menanti maut dan bersendirian mengharungi kesakitannya itu yang secara tiba2 akan menyerangnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Adilla ke hospital untuk pemeriksaan kehamilannya.Tanpa disedarinya tiba2 Haidah telah ternampak Adilla dan dia telah bersembunyi dari pandangan Adilla.Haidah juga nampak Adilla keluar dari bilik doktor Zaidah dan setelah Adilla berlalu,Haidah merapati bilik itu.

"Doktor Zaidah-Pakar Tumor Otak."Haidah membaca ayat yang tertera di pintu bilik doktor itu.

Haidah mengetuk bilik itu dan kelihatan seorang doktor wanita keluar dan menyapanya.

"ye cik,cari siapa??"tanya doktor Zaidah.

"saya menunggu Adilla,dia ada ke..??"balas Haidah berbohong.

"dia baru keluar,cik nie datang bersama2 dia ke..bagus laa saya pun baru nak telefon dia suruh ambil ubat kerana dia telah tertinggal ubat dia di sini."terang doktor Zaidah.

"oh ya..dia pun suruh dia ambilkan ubat tu,kerana dia penat sekali nak datang kemari.Dia sedang menunggu dibawah tu.Doktor boleh berikan kepada saya,nanti saya berikan pada Dilla ye."jawab Haidah selamba.

Baru doktor Zaidah hendak melangkah pergi setelah diberikan ubat itu kepada Haidah,dia telah ditahan sekali lagi oleh Haidah.

"ada apa lagi cik.."

"begini doktor,boleh kita berbincang sikit tentang Adilla."pinta Haidah untuk mengorek rahsia sebenar Adilla.
"dia dah ceritakan kepada awak ke?"tanya doktor Zaidah lagi tanpa mengesyaki apa2.

Haidah terpaksa berbohong untuk mengetahui perkara sebenar.

"yea doktor..dia dah ceritakan pada saya.Boleh kita bincang sesuatu doktor."suara Haidah lagi berharap.
Mereka pun menuju ke bilik agar tidak didengari oleh sesiapa di luar.Doktor Zaidah tidak mengetahui bahawa Haidah hanya membohonginya lalu doktor Zaidah telah meminta agar Haidah menasihatkan Adilla.

"saya harap awak pujuklah Dilla untuk setuju menjalani pembedahan ini,keadaan dia sudah serius dan memandangkan dia sedang mengandung 5 bulan sekarang sudah tentu sukar untuk membuat pembedahan jadi saya terpaksa menunggu sehingga dia melahirkan bayinya."doktor Zaidah berterus-terang.

Haidah termangu sebentar dan hatinya menjadi resah setelah dia mengetahui cerita sebenarnya.Oleh kerana tidak telah menipu doktor Zaidah dia merasakan dia terpaksa bersetuju untuk memujuk Adilla.

"baiklah doktor saya akan memujuknya nanti."ujar Haidah sedih.

Haidah pun berlalu keluar dari bilik doktor Zaidah dengan seribu penyesalan kerana selama ini dia sering menyakiti Adilla.Kenyataannya Adilla sedang berjuang dengan maut dan sanggup menghadapi risiko untuk mengandung.

Kalau dirinya pasti dia tidak sekuat Adilla.Sekarang ini Haidah sendiri tidak boleh mengandung kerana jangkitan kuman di rahim telah membuat dia terpaksa membuang peranakannya itu.Ini bermakna dia langsung tidak dapat memberikan zuriat kepada Mustakim.

Haidah bertekad untuk mencari Adilla.Dia menunggu diluar pejabat Adilla dan tiba2 Adilla kelihatan di luar lif dimana Haidah sedang menanti.Alangkah terperanjatnya Adilla bila terlihat Haidah berada di situ.Adilla cuba melarikan diri tapi ditahan oleh Haidah.

"kak Dilla."panggil Haidah lembut.
Adilla terkejut kerana Haidah memanggil dia kakak.

"kak Dilla..Idah nak cakap sesuatu dengan kak Dilla,please!!"rayu Haidah yang masih memegang tangan Adilla.

"oklah..jom kita pergi ke taman."ajak Adilla lembut.

Tetapi Adilla masih belum mengetahui apakah tujuan Haidah ingin berbicara dengannya.Setibanya mereka ditaman,belum sempat Haidah membuka mulut,Adilla terlebih dahulu yang bersuara.

"Idah..kak Dilla minta tolong sesangat dengan Idah,janganlah bagi tahu abang Mus yang kak Dilla masih disini,kerana kak Dilla telah berbohong bahawa akan pergi ke Pulau Pinang tapi sebaliknya."kata2 Adilla terhenti disitu dan tangannya meraba2 ke perutnya.Mungkin kerana kesakitan ataupun bayinya bergerak2.

"Idah tahu kak..kenapa kak Dilla berbohong dengan abang Mus.Idah juga tahu kak Dilla sekarang ini sedang menderita sakit kerana kanser tumor di otak kak Dilla."Haidah berterus-terang.
Adilla terkejut dan terdiam bila Haidah memberitahunya yang Haidah telah pun mengetahui tentang penyakitnya ini.

"macam mana Idah tahu nie,siapa beritahu Idah??"Tanya Adilla berkerut dahinya.

"hari tu Idah ternampak kak Dilla sedang keluar dari bilik doktor Zaidah,lalu Idah pun menyorok agar kak Dilla tidak nampak Idah.Idah juga telah mempedayakan doktor Zaidah untuk menceritakan tentang kakak.Ini ubat kak Dilla yang Idah ambil dari doktor Zaidah."cerita Haidah satu-persatu.

Ardilla dan Haidah melayan perasaan masing-masing.Kemudian Ardilla bersuara tenang.

"Idah ke hospital untuk apa pula.Idah dah hamil yea."tanya Adilla kembali kepada Haidah.

"tidak kak..Idah dah tak boleh mengandung lagi.Rahim Idah dah dibuang dan sampai bila2 Idah tidak boleh berikan abang Mus zuriat."jelas Haidah sedih.

"jangan sedih Idah,nanti bila kak Dilla dah tiada lagi,Idah ambillah anak kakak nie dan peliharalah dia dengan baik ye!!"suara Adilla gugup dan airmata mulai menitis kepipinya.

"jangan cakap gitu kak Dilla..kakak mesti jalani pembedahan,bayi ini memerlukan kak Dilla.Kak Dilla mesti hidup kerana kami semua sayangkan kak Dilla lebih2 lagi ibu mertua kita kak."Haidah memujuk dan menenangkan Adilla.

"Idah..kakak rasa semuanya sudah terlambat Idah,harapan kakak untuk hidup agak tipis Idah.Tetapi demi bayi ini kakak akan terus harunginya sehinggalah kakak melahirkannya."ujar Adilla lagi sedih.

Kedua-dua mereka membisu dan termenung sejenak memikirkan sesuatu.

"Idah..kakak minta tolong sangat dengan Idah,janganlah beritahu abang Mus tentang kakak dan penyakit kakak ye..tolong yea Idah,kakak berharap sangat!!"rayu Adilla.

"tapi kak Dilla.."kata2 Haidah terhenti kerana terlalu sedih.

"tolong Idah..tolong yea kalau Idah sayangkan abang Mus dan kakak tolong simpan rahsia ini."rayu Adilla lagi.

Haidah terpaksa menuruti kehendak Adilla walaupun dia keberatan untuk berbuat demikian.Mereka berpelukan dan menangis.Semenjak pertemuan itu Haidah sering melawat Adilla dan menemaninya ke hospital untuk memeriksa kandungannya.Hubungan mereka menjadi semakin akrab dan mesra sekali seperti adik-beradik.

Adilla bersyukur disaat-saat begini ada insan seperti Haidah yang juga madunya yang begitu mengambil berat tentang dirinya kini.Haidah juga semakin tidak sabar2 untuk menyambut kelahiran bayi Adilla walaupun dia tidak memikirkan kalaulah Adilla masih panjang umurnya,dia tetap berasa gembira kerana itu adalah anak abang Mustakim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Usia kandungan Adilla sudah mencecah ke 6 1/2 bulan dan kelihatan besar sekali perut Adilla sehinggakan dia berasa tidak berdaya untuk berjalan dek perutnya yang lebih besar dari tubuhnya.Seperti biasa Haidah akan menjemput Adilla untuk pergi ke hospital.

Sewaktu dilakukan imbasan ultrasound keatas janinnya tiba2 doktor tersebut dapat mendengar 2 nadi yang bergerak di dalam rahim Adilla.Setelah diperiksa didapati ada dua bentuk tubuh dan bertapa gembiranya Adilla kerana dia berkemungkinan melahirkan anak kembar.Haidah juga gembira kerana ini mungkin juga rezeki untuk dia yang tidak dapat melahirkan anak.

Bagi doktor Zaidah,ia adalah sesuatu yang menakutkan kerana ia pasti membahayakan kesihatan Ardilla dan bila berlaku komplikasi sewaktu untuk melahirkan nanti,risiko terhadap Adilla terlalu besar.

"saya rasa awak perlu melahirkan bayi2 ini lebih awal melalui pembedahan dari jangka yang sepatutnya Dilla...kerana nyawa awak mungkin dalam bahaya nanti."jelas doktor Zaidah.

"buat laa apa yang sepatutnya doktor asalkan bayi saya selamat!!"ujar Adilla bersemangat.Namun Adilla tetap gusar dan bimbang.

Haidah sendiri merasa takut kalau terjadi sesuatu yang buruk keatas diri Adilla.Disebalik kegembiraan mendapat anak kembar,Haidah juga merasakan Adilla terpaksa bertarung nyawa demi anak2nya.

"kesian kak Dilla."bisik hati kecil Haidah dan hatinya menangis.

Adilla terpaksa berhenti kerja kerana dia tidak berupaya untuk berjalan lagi.Kandungannya pun sudah masuk ke 7 bulan.Dia terpaksa duduk di rumah Ani dan Haidah selalu juga datang untuk menemainya bila abang Mustakim out station.Haidah terasa tidak sedap hati melihat Adilla semakin pucat dan lemah.

Sejak akhir-akhir ini penyakit Adilla sentiasa datang menyerang.Bertambah pilu melihat keadaan Adilla yang semakin tidak tertahan menanggung kesakitan yang teramat sangat.

"kak Dilla,sakit kea kak,Idah tengok kakak semakin lemah nie.Kita pergi hospital nak."tegur Haidah.

"tak pe..laa.. Idah!!ka..kak masih ku..at lagi nie."balas Adilla tersekat2.

Haidah semakin bimbang melihat keadaan Adilla.Tanpa kebenaran Adilla,Haidah memangku Adilla dan terus dibawanya ke kereta.Hati Haidah semakin terasa bimbang dan khuatir.

Setibanya mereka di hospital,Adilla segera di bawa ke bilik kecemasan.Haidah menanti dengan sabar dan tiba2 kelihatan doktor Zaidah keluar.

"cik Idah..Dilla harus melahirkan bayinya sekarang melalui pembedahan kerana keadaan Dilla semakin parah.Lekas cik Idah tandatangani borang tu."saran doktor Zaidah sedikit kelam kabut.

Haidah menjadi semakin takut dan tanpa memikirkan lagi dia terus menghubungi Mustakim dan mertuanya.Sementara menanti Adilla melahirkan,sejurus itu Mustakim dan keluarganya sampai.

"kenapa Idah?.Siapa yang Idah tunggu nie.Idah nampak gelisah saja."tanya Mustakim.

"eh!!kenapa kau disini,panggil kami nie,kau nak buat hal yea."ibu mertuanya sedikit marah.Lagipun mereka tidak mengetahui bahawa Haidah sudah menikahi Mustakim

"ibu..sabar bu,jangan buat kacau kat sini,biarkan Idah cerita dulu."sambung Mustakim.

"yelah awak nie,tak tau nak sabar, meluru aje!!"bapa mertuanya pula bersuara.

Haidah kekeliruan dan gementar.Perasaan sebak mulai mengganggu hati dan fikirannya.Dia menangis teresak2.

"menangis pula dia."marah ibu mertuanya lagi.

"Idah..mengapa nie,cakap lekas.."pujuk Mustakim.

"kak..kak..kak Dilla dalam ba..ha..ya.. se..karang."jelas Haidah tersekat-sekat.

"apa Dilla."terjerit ibu mertuanya bila mendengar Haidah menyebut nama Adilla.

"kenapa Dilla..cakap Idah,kenapa Dilla."suruh Mustakim lagi.

Belum sempat Haidah menceritakan tiba2 doktor Zaidah keluar dan meluru kearah mereka.

"cik Idah,dan semua nie pasti keluarga Dilla kan."

Mereka semua mengangguk kerana menanti sesuatu yang doktor Zaidah hendak sampaikan.

"saya doktor Zaidah,doktor pakar tumor otak dan sayalah yang sedang merawat cik Adilla sekarang."jelas doktor Zaidah.

Mustakim dan keluarganya benar2 terperanjat bila doktor Zaidah menerangkan keadaan yang dialami Adilla.

"pakar tumor otak??Dilla..Dilla..sakit lah sekarang nie." ibu Mustakim pula bersuara.

Doktor Zaidah menceritakan segala2nya dan sekarang ini Adilla telah melahirkan bayi kembarnya dengan selamat.Seorang lelaki dan seorang perempuan.Keadaan bayi2nya sihat walaupun sewaktu dilahirkan baru berumur 7 bulan Cuma keadaan Adilla yang semakin tenat.Setelah mengetahui segala2nya,mereka semua meluru ke bilik wad dimana Adilla ditempatkan.

Haidah benar2 kecewa dan sedih kerana sedari awal dia tidak berterus-terang dengan Mustakim mengenai Adilla.Tetapi dia juga serba salah kerana dia telah berjanji untuk merahsiakan.

Sebaik mereka masuk ke bilik Adilla dan melihat keadaan Adilla yang benar2 pucat,lemah dan tidak berdaya,mengalir airmata mereka semua yang memandang.Adilla telah pun sedarkan diri tetapi masih bergantung kepada oksygen.Tangan Adilla melambai2 memanggil kesemua yang datang.

"kak Dilla..mengapa gini,kuatkan diri yea kak.Idah mahu terus bersama2 kak Dilla."raung Haidah tidak tertahan.

Adilla menghulurkan sepucuk surat kepada Mustakim kerana dia tidak lagi boleh berkata2 dengan keadaannya yang semakin lemah ini.Surat itu telah ditulisnya 2 hari yang lalu.

Mustakim membukanya dan membaca perlahan-lahan.

"Abang,maafkan Dilla kerana Dilla tidak dapat menjaga abang lagi kerana Dilla tidak berkesempatan untuk menjaga abang.Dilla minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya Dilla pernah bersalah kepada abang.Satu perkara yang selama ini Dilla pendamkan adalah Dilla benar2 menyintai abang sepenuh hati abang.Mungkin jodoh kita tidak di dunia ini.Seperkara lagi maafkan Dilla lagi kerana merahsiakan tentang kehamilan Dilla.Hanya zuriat ini penyambung kasih dan cinta Dilla terhadap abang."

Airmata Mustakim mulai bergenang dikelopak matanya dan titis demi setitis ia mulai jatuh membasahi pipinya.Mustakim mengenggam erat jari jemari Adilla dan Adilla hanya mampu memberi isyarat senyuman yang hambar tetapi tetap manis.Mustakim menyambung kembali membaca surat Adilla.

"Ibu..Dilla tahu walaupun Dilla telah membohongi ibu,ibu tetap sayangkan Dillakan!!Ibu,sebelum Dilla memejamkan mata ini Dilla harap ibu dapat tunaikan satu permintaan Dilla.Terimalah Haidah kerana dia telah menjadi menantu ibu juga.Abang Mus dan Haidah telah menikah dengan kehendak Dilla.Tolonglah ibu..izinkan Dilla pergi dengan tenang.Maafkanlah segala dosa2 Dilla pada ibu dan terima kasih ibu kerana sudi menjadi ibu kandung Dilla.Dilla sayangkan ibu,semua yang Dilla lakukan adalah kerana cinta dan kasih Dilla pada ibu."

Ibu mertua Adilla mengusap2 dahi Adilla dengan linangan airmata yang berjurai2 jatuh dari kelopak matanya.Adilla merenung ibu mertuanya begitu mendalam berharap ibu mertuanya menerima permintaan terakhirnya.

"hati Dilla begitu mulia sayang,maafkan ibu juga yea Dilla.Ibu brjanji Dilla,ibu akan penuhi permintaan Dilla..ibu berjanji!!"ibu mertuanya tidak dapat menahan sebak didadanya lagi.

Adilla memberikan senyuman yang makin terukir dibibir pucatnya.Hatinya terasa begitu lega sekali.Mustakim menyambung lagi.

"ayah,Dilla tahu ayah memang ayah yang baik dan tenang sekali.Terima kasih kerana menjadi ayah Dilla dan membesarkan Dilla dengan penuh kasih sayang.Maafkan Dilla kerana tidak dapat menjaga ayah bila ayah sudah tua nanti."

Ayah mertuanya mengangguk perlahan menunjukkan kepada Adilla bahawa dia benar2 sayangkan Adilla dan airmata mulai jatuh kepipi bila melihat keadaan Adilla.

"dan Haidah,sekiranya kak Dilla sudah tiada lagi sudilah menjaga anak2 kakak yea.Berilah kasih sayang dan bila mereka sudah besar nanti tolonglah beritahu mereka apa yang ibu mereka lakukan adalah demi kerana cinta seorang ibu kepada anak2nya.Kakak berterima kasih kepada Idah kerana sanggup menjaga kak Dilla selama ini.Dan..maafkan kakak jika kakak bersalah pada Idah selama ini.Seperkara lagi berikanlah nama2 ini kepada anak2 kakak...
kalau lelaki berikan nama Muhammad Hakim dan perempuan berikanlah nama Nurardila."
Haidah benar2 tidak dapat menahan sebak didadanya lagi lalu memeluk erat Adilla.

"kak Dilla jangan gini kak,Idah dah benar2 sayangkan kak Dilla..janganlah tinggalkan kami."seru Haidah dengan linangan airmata yang bertubi2 jatuh membasahi pipinya.

Adilla terasa sebak dan cuba untuk menahannya tetapi airmatanya tetap menitis keluar.Lebih memilulan Ardilla tidak dapat melihat wajah2 anak kembarnya yang masih berada di ICU kerana lahir tidak culup bulan.Tetapi hatinya dapat merasakan bahawa anak2nya cukup kuat dan pasti akan dapat membesar dengan sempurna.Tiba-tiba nafas Ardilla tersekat-sekat dan Mustakim mendekati Adilla lantas berbisik ke telinga Adilla.

"mengucap Dilla..mengucap sayang."suruh Mustakim sambil membacakan kalimah syahadah ke telinga Adilla.

Mulut Adilla terkumat-kamit dan dengan tenang dia menutup kedua2 belah matanya.

"Dilla..Dilla.."panggil ibu mertuanya sambil mengerakkan sedikit tubuh Adilla.
Tiada sahutan dari Adilla.Ternyata Adilla telah kembali ke rahmahtullah dengan cinta yang disemai disaat2 akhir hayatnya.Adilla tetap gembira sekurang2nya dia telah memberikan dua zuriat sekaligus kepada suaminya yang amat dicintainya.

Hari berganti hari
Bulan Berganti bulan
Tahun berganti tahun
Kini hampir 5 tahun Ardilla "pergi"..namun kenangan itu akan sentiasa terpahat didalam hati Haidah dan Mustakim.

"Hakim..Ardila..jom kita balik sayang!!Minggu depan kita datang lagi melawat pusara ibu yer"panggil Haidah dengan lembut sekali.

Kedua2 anak kecil itu terus menerpa kearah mama Haidah.Biarpun anak2 kecil itu tidak lahir dari rahimnya,Haidah teramat menyayangi mereka.Semuanya demi Ardilla.Andai Ardilla sanggup berkorban nyawa untuk melahirkan permata ini,dia juga sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjaga permata ini.

Haidah yakin dia dapat memberikan kasih sayang yang sebaik mungkin demi kerana cintanya terhadap Ardilla dan Mustakim.Kini cintanya semakin tebal dengan kehadiran Hakim dan Ardila.

Mereka bertiga meninggalkan kawasan pusara dengan hati yang penuh dengan keinsafan dan esok masih menanti untuk meneruskan hidup DEMI KERANA CINTA.

TAMAT..DAH HABIS!!

Aku Bukan UntukMu

 Aku Bukan Untukmu 




Setiap kali melintasi bilik elektrikal,hati aku berdetap detup dengan kencang sekali.Jantungku berlari laju dan sekiranya tidak nampak kelibatnya pasti aku tidak tentu haluan.Sempat lagi aku melirik tajam meninjau suasana di dalam bilik itu.Samada seseorang yang aku cari ada di situ atau tidak.Belum sempat mata aku melilau ke dalam,namaku pula yang dipanggil..Aku kenal suara itu.Suara abang Imran.Berderau darah aku.


"hai Izah...baru datang??"tegur abang Imran dari dalam bilik itu.


Aku hanya melemparkan senyuman berserta anggukan.Aku lajukan langkah kerana aku tidak mahu abang Imran tahu yang aku mencarinya.Malu aku dibuatnya nanti.


Perasaan aku tidak dapat dibendung lagi.Semakin hari semakin parah aku dibuatnya.Hari demi hari aku cuba mengikis perasaan ini namun ia terlalu sukar untuk aku lakukan.Semakin aku cuba untuk membuangnya semakin ia terus melekat rapi.Aku menceritakan kepada Bobby rakan seperjabat yang paling rapat dengan aku.Bobby nama panggilan untuk Karvitha Kaur.Oleh kerana dia memang cantik semua orang memanggilnya Bobby aje.Mungkin terkenan filem bobby agaknya.


"Bobby...aku rasa aku dah suka kat seseoranglah..."ceritaku ketika waktu rehat.


"siapa...cakaplah Izah.Aku nak tau!!"gesa Bobby.


"kalau aku cakap kau jangan kertawa tau!!Aku suka...aku suka kat abang Im.."luahku segan.


"habis abang Im tahu tak??"soal Bobby tersenyum.


"taklah...gilaaa kau...aku nak terus terang dengan dia.Tidakkkk...."


"kenapa kau tak cakap aje dengan dia.Habis kau tak mau bagitau dia ke...?"


"entahlah...malu aku kalau aku yang cakap dulu.Mana aku nak letak muka aku nanti."ujarku.


"aku rasa baik kau cakap dengan dia.Aku tengok kau macam dah parah aje..."teka Bobby.


Memang aku tidak nafikan aku begitu teramat menyukai abang Imran.Kenapa baru sekarang perasaan itu hadir?Aku pun sudah lama bekerja di sini begitu juga abang Imran.Boleh dikatakan setiap hari abang Imran akan masuk ke pejabat menjalankan tugasnya sebagai teknisyen.Selesai tugas dia pasti ke meja aku untuk berbual.Sedangkan ramai lagi rakan-rakan sekerja dipejabat itu yang lebih cantik dari aku.Jarang aku melihat abang Imran berbual dengan mereka.


Tutur kata abang Imran juga lembut dan dia selalu suka mengusik aku.Itu yang membuatkan aku begitu menyenangi sikapnya.Jika sebegitu layanan abang Imran terhadap aku,bukan aku seorang malah perempuan lain juga boleh cair dan jatuh hati.Aku hairan kerana abang Imran juga hanya suka berbual dengan aku seorang saja di pejabat.Setiap kali kami berborak memang tidak aku nafikan kadang-kadang gurauan kami seolah-olah kami seperti pasangan kekasih.Ramai juga rakan sepejabat yang mengusik dan bertanya kepada aku tetapi aku menafikannya kerana aku sendiri tidak yakin tentang perasaan abang Imran terhadap aku.Mungkin juga dalam diam dia menyukai aku.


Hari ini aku tidak nampak kelibat abang Imran di pejabat.Mungkin dia sibuk di bahagian lain.Bertapa aku tidak keruan sekiranya tidak nampak bayang-bayang abang Imran.Walaupun abang Imran hanya melintas lalu di luar pejabat pun sudah cukup memadai bagi diriku.


"hai....orang kalau dah anggau,nak buat kerja pun tak mahu..."usik Bobby yang sedari tadi memerhatikan aku yang sedang mengelamun.


"kau nie Bobby kacau aku ajelah..."


"ngaper...dia tak datang ke sini ke hari ini.Ohhh...patutlah gelisah aje....hehehe."usik Bobby lagi.


"dah...gi buat kerja kaulah Bobby..."suruhku tetapi mataku masih tertacap ke arah pintu yang bertentangan dengan mejaku.


"tunggulah kau sorang-sorang...tapi kerja jangan tak buat pulak!!"tegur Bobby dan berlalu ke mejanya.


Hati aku memang tidak keruan.Aku tidak dapat memberikan tumpuan.Waktu makan tengahari aku hanya duduk dalam pejabat saja.Malas nak keluar makan.Aku pesan pada Bobby membelikannya.Tiba-tiba telefon di mejaku berdering.Aku mengangkatnya.Gagang ku letakkan ke telinga.


"hai Izah...tak pergi lunch ke??"


Sebaik mendengar suara abang Imran terus lega rasanya hati aku.Ibarat bunga yang layu,kembang kembali setelah disirami air.


"abang Im kat mana nie...tak pergi makan ke??"tanya aku balik.


"taklah...abang bawa bekal aje..Habis Izah tak pergi makan ke?"soal abang Imran sekali lagi.


"Izah dah pesan dengan Bobby,malas nak keluar."


Kami berborak sampai waktu makan tengahari berakhir.Nasi yang Bobby belikan untuk aku pun aku tidak sentuh lagi.Bobby hanya mengelengkan kepalanya.Dia pasti tahu aku sedang berbual dengan siapa.


"hai...tak ingat nak makan...dengar suara dia dah kenyang ke cik Izah oiiii..."celoteh Bobby sebaik aku meletakkan gagang kembali.


"sibuk ajelah....balik aku makanlah..."balasku dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.


"yelah....nanti jangan ngadu sakit perut lagi yer!!"


"dari kau terus begini...kan bagus kau cakap kat dia.."suruh Bobby.


"tak nak aku...malulah!!"


"habisss...sampai bila kau nak anggau begini Izah...."


Berulangkali aku cuba memikirkan sesuatu tetapi hampa.Untuk berterus-terang dengan abang Imran aku tidak berdaya.Adakah perasaan ini aku harus memendamkannya saja dan membiarkan ia terus bermain dihati aku seorang?Aku tidak boleh terus begini,aku mesti meluahkannya.Memang aku takut cinta aku tidak berbalas,tetapi aku tidak dapat menahan perasaan yang sedang bergelora ini setiap kali melihat wajah abang Imran.Akhirnya aku buat keputusan.Aku bercadang hendak meluahkan kepada abang Imran di dalam surat dan mengirimkan ke rumahnya.Tetapi...aku tak ada alamatnya pula.Aku menghampiri encik Saari kerani bahagian pekerja.


"encik Saari...boleh tolong Izah tak??"mohonku.


"ada apa Izah....cakaplah."


"boleh tolong Izah carikan alamat rumah abang Imran tak.Izah nak hantar sesuatu."jelasku segan.


"boleh aje....usah gusar..."encik Saari berjenaka.


"yelah dari dipendamkan aje kan baik meluahkannyakan..."sambung encik Saari lagi.Kata-katanya itu memeranjatkan aku.Bagaimana dia tahu.Ini pasti kerja Bobby ni.


Aku tak kisah kalau encik Saari yang tahu.Lagipun encik Saari seusia abahku.Dia memahami perasaan orang muda dan dia juga bukan seorang yang suka menceritakan hal orang lain. 


"encik Saari dah tahu ke..?"soal aku.


"dah tahu...lama dah..."jelasnya sambil tangannya menaip di papan litar komputer mencari nama abang Imran.


Sebaik mencatat alamat abang Imran yang tertera di komputer encik Saari aku berlalu dari meja encik Saari dengan penuh kegirangan.


"terima kasih encik Saari.Nanti saya belanja.Tapi jangan cakap kat sesiapa tau,saya minta alamat ini.Malu saya nanti."pintaku berharap.


"jangan Izah risau,akan tersimpan dalam poket."gurau encik Saari.Aku tersenyum.


Setelah menghantar surat untuk abang Imran,tiba-tiba timbul pula perasaan segan disaluti kerisauan.Bagaimana nanti reaksi abang Imran setelah membacanya.Adakah nanti dia tidak mahu menemui aku lagi.Baru sehari surat itu aku hantar,kena tunggu 3 harilah untuk aku mengetahuinya.Hati aku sering berombak kencang.Rasa takut,risau dan segan bermain-main sejenak dihati aku sekarang ini.


Hari kedua perasaan cemas mulai menghantui diri aku.Setiap kali abang Imran datang debaran dihati aku semakin kencang berputar.Timbul sedikit perasaan malu.Samada abang Imran sudah menerima dan membaca surat aku menjadi igauan mimpi ngeri buat aku untuk tika ini.


"Bobby...abang Im dah terima ke belum surat aku tu yer.."aku cuba buat-buat bertanya kepada Bobby.


"manalah aku tau...tengoklah esok.Entah-entah dia dah terima.Aku tengok dia senyum-senyum aje bila masuk ke sini.Senyum dia melirik panjang pulak tu."ulas Bobby.


"aku takutlah Bobby..."


"kau nie...bercinta pun takut ke!!Aku nak tanya kau...macam mana kau boleh jatuh hati kat dia nie Izah..."


"entahlah Bobby...perasaan itu dah datang,aku pun tak pinta.Yang aku tahu tiba-tiba aku semakin suka kat abang Im...perasaan aku sentiasa aje bergelora setiap kali melihat abang Im.Bila tak nampak muka dia,aku jadi risau..."jelasku.


"memang sah kau nie dah jatuh hati kat dia.Tapi...dia cinta kat kau tak...!!"


"entahlah Bobby....ni yang buat aku semakin takut untuk menghadapinya nanti."


Hari ketiga hati aku semakin berdebar-debar.Aku berpura-pura tidak memandang ke arah abang Imran yang masuk ke pejabat.Namun begitu sekali sekala aku menjeling juga ke arah abang Imran.Abang Imran tetap seperti biasa.Senyumannya tetap terukir untuk aku.Selesai tugasnya,dia menuju kearah mejaku dan aku buat-buat tidak nampak dia sedang menghampiri.


"Izah...waktu lunch nanti boleh kita jumpa kejap."kata abang Imran sebaik berdiri dihadapan aku.


"ok...nanti Izah turun bawah."jawabku selamba.Di dalam hati,hanya tuhan saja yang tahu bertapa aku begitu risau dan segan diatas apa yang telah aku lakukan.


Menantikan waktu makan tengahari dirasakan begitu lama sekali masa berjalan.Seolah-olah waktu juga cemburu pada aku.Aku dapat menganggak yang abang Imran pasti sudah menerima surat dariku.Kalau tidak dia tidak akan memberitahu untuk berjumpa dengan aku.Belum pernah dia cakap hendak berjumpa aku sendirian.Inilah kali pertama.Berbagai persoalan sedang bermain dibenak fikiranku kini.Waktu yang dinantikan tiba dan aku melangkah dengan hati yang bergelora.Dapat aku rasakan degupan jantung aku bergerak dengan pantas sekali.Kalau boleh aku tidak mahu menemuinya.Memang terasa berat kaki ini hendak melangkah.


"dah lama abang Im tunggu Izah..."tegurku sebaik tiba.


"baru juga...Izah duduklah.."suruhnya.


Aku menanti dengan sabar walaupun hati aku berdebar-debar menantikan kata-katanya.Abang Imran masih membisu.Mungkin sedang mengatur bicara yang hendak dia katakan kepada aku.


"Izah...abang Im dah terima surat Izah..."dia memulakan bicara.


Tiba-tiba perasaan malu menyelinap masuk ke dalam hati aku bila aku teringkatkan bait-bait ayat yang aku lakarkan disurat itu.Aku masih membisu.Lidahku kelu untuk berkata-kata.Biarlah abang Imran saja yang bersuara.


"Izah...maafkan abang Im...kerana menyebabkan Izah jadi begini.Bukan niat abang Im hendak mempermainkan perasaan Izah.Abang Im akui suka kat Izah...tetapi..."bicaranya terhenti seketika.


Aku masih membisu.Hanya memandang ke wajah abang Imran dengan perasaan yang berkecamuk.Apa sebenarnya yang abang Imran cuba jelaskan padaku.


"Izah...maafkan abang...abang tunang orang.Abang tidak ingin lukakan hati Izah,jadi abang terpaksa berterus-terang.Harap Izah dapat menerimanya."sambung abang Imran lagi.


Bila mendengar kata-kata yang seterusnya dari abang Imran hati aku yang sejak tadi masih berbunga terus saja menjadi layu selayu-layunya.Terus berkecai.Aku cuba menutupi luka dihati yang remuk ini.Sedaya upaya aku cuba ukirkan secebis senyuman walaupun pahit.Hati aku sedang menangis.


"siapa tunang abang Im...dia kerja di sini juga ke??"aku cuba bertanya untuk menyedapkan hati aku yang sedang terluka.Suaraku juga agak terketar-ketar menahan sebak.


"tak Izah...dia kerja tempat lain."jawab abang Imran pendek.


"abang Im...Izah faham.Sekurang-kurangnya abang Im berterus-terang dengan Izah.Izah juga tidak mahu menghancurkan insan yang mencintai abang Im...Maafkan Izah.."ucapku seterusnya.


Waktu makan tengahari begitu pantas berlalu.Aku memohon diri.Langkahku seolah-olah longlai.Aku masih menahan sebak didada.Mencintai seseorang bukan bererti akan memilikinya.Sekurang-kurangnya abang Imran jujur dan tidak menerima cinta aku atas dasar kesian,kemudian aku ditinggalkan.Aku akur,aku pasrah.Walaupun aku harus menerima kenyataannya,yang pasti aku terluka.


"Bobby....abang Im dah ada tunang Bobby..."luahku kepada Bobby sebaik masuk ke pejabat.Airmata mulai bergenang dikelopak mata.Aku tepis agar ia tidak jatuh ke pipi.


"aku simpati Izah...janganlah kau sedih.Nasib baik abang Im tiada niat mempermainkan kau dengan memberi harapan.Walaupun berterus-terang itu amat pedih sekali sekurang-kurangnya kau tidak menderita kemudian nanti."ujar Bobby memujukku.


Tanpa aku undang airmata mulai menitis jatuh ke pipi.Aku kekang ia agar tidak terus mengalir.Aku tidak mahu orang lain tahu apa sebenarnya yang terjadi.Aku harap aku akan dapat mengikis cinta terhalang ini terhadap abang Imran suatu hari nanti.Untuk apa aku terus menyimpannya sekiranya ia tiada pengharapan.


Segalanya dilalui seperti hari-hari yang lalu.Abang Imran tetap berbual dengan aku.Dia juga tidak mahu sesiapa tahu diantara aku dan dia telah wujud jurang kerana dia tidak membalas cinta aku.Aku juga begitu.Aku tidak mahu sesiapa tahu yang aku menaruh hati terhadap abang Imran.Lalu aku membuat keputusan untuk berhenti kerja agar aku dapat mengikis kelukaan yang amat perit aku rasakan.Secara senyap aku memberikan surat perletakan jawatan kepada encik Saari.Tiada siapa yang tahu aku ingin berhenti kerja kecuali encik Saari dan Bobby.Aku juga tidak akan memberitahu kepada abang Imran.Biarlah dia tidak tahu.
 Sudah habis.