السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, March 13, 2011

KELEBIHAN SURAH AL-BAKARAH

SURAH-SURAH PILIHAN DAN KELEBIHANNYA
Siri 3: Kelebihan Surah Al-Baqarah



Surah Al-Baqarah merupakan surah kedua di dalam Al-Quran selepas surah Al-Fatihah. Surah ini dinamakan "Fusthaatul Quran" (puncak Al-Quran kerana ia mengandungi beberapa hokum yang tidak disebutkan di dalam surah-surah lain.


Ayat 255 di dalam Surah Al-Baqarah ini dikenali sebagai Ayat Kursi. Ia digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, dan pahalanya menyamai pahala membaca satu perempat Al-Quran. Setiap huruf di dalam ayat tersebut diberikan 1000 keberkatan dan juga mendapat 1000 rahmat. Terbaik dibaca selepas setiap solat, dan insya-Allah akan dimasukkan ke dalam syurga. Juga boleh dijadikan ayat pendinding daripada segala anasir yang tidak baik, terutamanya sebelm tidur.

Dari Abu Umamah R.A. berkata bahawa beliau mendengar sabda Rasululah S.A.W. yang bermaksud: " Barangsiapa membaca Ayat Kursi sesudah solat fardu maka tidaklah ada yang akan menghalanginya daripada memasuki syurga, hanya menanti saat dia meninggal dunia sahaja."


Mafhum hadis Rasulullah S.A.W. yang lain tentang ayat di dalam Surah Al-Baqarah: "Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada malam harinya, nescaya kedua-dua ayat itu akan memeliharanya dari bencana." (Riwayat Abu Daud)


Antara ayat-ayat di dalam Surah Al-Baqarah yang elok untuk diamalkan ialah:

1. Ayat 1 - 5
2. Ayat 255 (Ayat Kursi)
3. Ayat 256-257 (Dibaca dalam wirid selepas solat)
4. Ayat 284-286



AKAN DATANG: KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI




DOA PILIHAN MINGGU INI: Memohon kesabaran dan keteguhan


"Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, Ya Tuhan Kami, berilah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang yang kafir."




NOTA: Doa ini baik diamalkan selepas menunaikan solat fardu

No comments:

Post a Comment