"Ilmu yang memberi manfaat adalah ilmu yang memancarkan nur ke dalam dada dan dapat menyingkap hijab (tirai penutup) dari hati." Syeikh Ibnu 'Athoillah Al-Iskandari
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرّحمن الرّحيم
الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.
Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.
Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Friday, January 28, 2011
Tuesday, January 25, 2011
Hari Ini
Assalamualaikum.............kepada seluruh kawan-kawan ku
dan umat islam.
Kita haruslah menjadikan hari ini lebih baik dari semalam
dan hari esok haruslah lebih baik dari hari ini......
Memuliakan Kawan Kunci Kejayaan Dalam Persahabatan
Meringankan bebanan kawan sama ada beban jiwa,
pemikiran atau beban kemiskinan ,hingga tiada perasaan segan silu
untuk berjumpa bagi menyatakan masalah yang dihadapi, merupakan
kejayaan dalam membina jalinan persahabatan..............
Berkata sayidina Ali bin Abi Talib r.a. maksudnya;"
Kawan yang paling buruk (perangainya) ialah kawan mengada-ngada
dalam meraikan dirimu."
Akhlak Islam mengasuh kita dalam meraikan kawan
yang bertemu, dengan hidangan biasa yang disajikan kepada keluarga
sendiri..............
Sikap mengada-ngada itu mungkin atas dorongan
ingin memuliakan tetamu, malu terhadaptetamu andainya sajian tidak istimewa.
Lantaran itu dia bersusah payah mengadakan sesuatu yang dianggap istimewa
meskipun terpaksa bertindak di luar kemampuan.
Untuk tujuan itu dibelinya sesuatu yang tiada pada sajian
biasa bagi keluarga sendiri. Jika bertindak begitu termasuk dalam
"takalluf," memang tidak selaras dan tidak kena dengan akhlak islam.
Bertemu dalam situasi ceria memang sejajar
dengan budaya orang Arab. Terdapat pelbagai ucapan apabila bertemu
di kalangan mereka, antaranya ialah "ahlan wa sahlan wa marhaban".
Ahlan; bererti salam kekeluargaan,
dan wa sahlan; bermaksud rumah yang selesa untuknya.
Ucapan tersebut merupakan budaya
orang Arab sebelum kedatangan islam. Meskipun ia mempunyai
pengertian yang baik, tetapi kedatangan Islam telah mengnantinya
dengan ucapan yang lebih baik iaitu "assalamu 'alaikum," bererti;
salam sejahtera ke atasmu................
FIKIR-FIKIRLAH.........................