السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, March 13, 2011

Buat Mu kEkasih

Kekasihku…
Tidak ku impi kau insan sempurna
Kerana sedar kau juga sepertiku
Mengheret kenangan masa2 lalu
Akibat kealpaan diri yang dulu

Kekasihku…
Tidak ku harap kau insan agung
Di arak pujian maha melambung
Ku akur kau juga sepertiku
Cuba membaiki 1001 kelemahan diri
Natijah nafsu & syaitan yang menguliti

Kekasih…
Tidak ku perlukan kau dari golongan bangsawan
Menghambuskan diriku dengan kemewahan
Jauh sekali pangkat & gelaran
Yang cumanya mulia
Di bibir manusia
Tapi kosong di sisi Ilahi
Mengangkat riak & takbur di pinggir hati

Aduhai kekasih
Ku impikan kau seadanya
Meletakkan Allah & RasulNya sebagai matlamat
Berusaha sepenuh kudrat
Membahagiakan aku & bakal zuriatmu
Berlandaskan syariat
Moga redha rahmat Ilahi
Buatmu, diriku & bakal zuriat kita
Menjadi suratan hakikat

Insya Allah….

















Moga harapan kita menjadi nyata….
Insya Allah….
Aina Mardhiah 2001

No comments:

Post a Comment