السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, March 13, 2011

Aku Bukan UntukMu

 Aku Bukan Untukmu 




Setiap kali melintasi bilik elektrikal,hati aku berdetap detup dengan kencang sekali.Jantungku berlari laju dan sekiranya tidak nampak kelibatnya pasti aku tidak tentu haluan.Sempat lagi aku melirik tajam meninjau suasana di dalam bilik itu.Samada seseorang yang aku cari ada di situ atau tidak.Belum sempat mata aku melilau ke dalam,namaku pula yang dipanggil..Aku kenal suara itu.Suara abang Imran.Berderau darah aku.


"hai Izah...baru datang??"tegur abang Imran dari dalam bilik itu.


Aku hanya melemparkan senyuman berserta anggukan.Aku lajukan langkah kerana aku tidak mahu abang Imran tahu yang aku mencarinya.Malu aku dibuatnya nanti.


Perasaan aku tidak dapat dibendung lagi.Semakin hari semakin parah aku dibuatnya.Hari demi hari aku cuba mengikis perasaan ini namun ia terlalu sukar untuk aku lakukan.Semakin aku cuba untuk membuangnya semakin ia terus melekat rapi.Aku menceritakan kepada Bobby rakan seperjabat yang paling rapat dengan aku.Bobby nama panggilan untuk Karvitha Kaur.Oleh kerana dia memang cantik semua orang memanggilnya Bobby aje.Mungkin terkenan filem bobby agaknya.


"Bobby...aku rasa aku dah suka kat seseoranglah..."ceritaku ketika waktu rehat.


"siapa...cakaplah Izah.Aku nak tau!!"gesa Bobby.


"kalau aku cakap kau jangan kertawa tau!!Aku suka...aku suka kat abang Im.."luahku segan.


"habis abang Im tahu tak??"soal Bobby tersenyum.


"taklah...gilaaa kau...aku nak terus terang dengan dia.Tidakkkk...."


"kenapa kau tak cakap aje dengan dia.Habis kau tak mau bagitau dia ke...?"


"entahlah...malu aku kalau aku yang cakap dulu.Mana aku nak letak muka aku nanti."ujarku.


"aku rasa baik kau cakap dengan dia.Aku tengok kau macam dah parah aje..."teka Bobby.


Memang aku tidak nafikan aku begitu teramat menyukai abang Imran.Kenapa baru sekarang perasaan itu hadir?Aku pun sudah lama bekerja di sini begitu juga abang Imran.Boleh dikatakan setiap hari abang Imran akan masuk ke pejabat menjalankan tugasnya sebagai teknisyen.Selesai tugas dia pasti ke meja aku untuk berbual.Sedangkan ramai lagi rakan-rakan sekerja dipejabat itu yang lebih cantik dari aku.Jarang aku melihat abang Imran berbual dengan mereka.


Tutur kata abang Imran juga lembut dan dia selalu suka mengusik aku.Itu yang membuatkan aku begitu menyenangi sikapnya.Jika sebegitu layanan abang Imran terhadap aku,bukan aku seorang malah perempuan lain juga boleh cair dan jatuh hati.Aku hairan kerana abang Imran juga hanya suka berbual dengan aku seorang saja di pejabat.Setiap kali kami berborak memang tidak aku nafikan kadang-kadang gurauan kami seolah-olah kami seperti pasangan kekasih.Ramai juga rakan sepejabat yang mengusik dan bertanya kepada aku tetapi aku menafikannya kerana aku sendiri tidak yakin tentang perasaan abang Imran terhadap aku.Mungkin juga dalam diam dia menyukai aku.


Hari ini aku tidak nampak kelibat abang Imran di pejabat.Mungkin dia sibuk di bahagian lain.Bertapa aku tidak keruan sekiranya tidak nampak bayang-bayang abang Imran.Walaupun abang Imran hanya melintas lalu di luar pejabat pun sudah cukup memadai bagi diriku.


"hai....orang kalau dah anggau,nak buat kerja pun tak mahu..."usik Bobby yang sedari tadi memerhatikan aku yang sedang mengelamun.


"kau nie Bobby kacau aku ajelah..."


"ngaper...dia tak datang ke sini ke hari ini.Ohhh...patutlah gelisah aje....hehehe."usik Bobby lagi.


"dah...gi buat kerja kaulah Bobby..."suruhku tetapi mataku masih tertacap ke arah pintu yang bertentangan dengan mejaku.


"tunggulah kau sorang-sorang...tapi kerja jangan tak buat pulak!!"tegur Bobby dan berlalu ke mejanya.


Hati aku memang tidak keruan.Aku tidak dapat memberikan tumpuan.Waktu makan tengahari aku hanya duduk dalam pejabat saja.Malas nak keluar makan.Aku pesan pada Bobby membelikannya.Tiba-tiba telefon di mejaku berdering.Aku mengangkatnya.Gagang ku letakkan ke telinga.


"hai Izah...tak pergi lunch ke??"


Sebaik mendengar suara abang Imran terus lega rasanya hati aku.Ibarat bunga yang layu,kembang kembali setelah disirami air.


"abang Im kat mana nie...tak pergi makan ke??"tanya aku balik.


"taklah...abang bawa bekal aje..Habis Izah tak pergi makan ke?"soal abang Imran sekali lagi.


"Izah dah pesan dengan Bobby,malas nak keluar."


Kami berborak sampai waktu makan tengahari berakhir.Nasi yang Bobby belikan untuk aku pun aku tidak sentuh lagi.Bobby hanya mengelengkan kepalanya.Dia pasti tahu aku sedang berbual dengan siapa.


"hai...tak ingat nak makan...dengar suara dia dah kenyang ke cik Izah oiiii..."celoteh Bobby sebaik aku meletakkan gagang kembali.


"sibuk ajelah....balik aku makanlah..."balasku dengan wajah yang penuh dengan keceriaan.


"yelah....nanti jangan ngadu sakit perut lagi yer!!"


"dari kau terus begini...kan bagus kau cakap kat dia.."suruh Bobby.


"tak nak aku...malulah!!"


"habisss...sampai bila kau nak anggau begini Izah...."


Berulangkali aku cuba memikirkan sesuatu tetapi hampa.Untuk berterus-terang dengan abang Imran aku tidak berdaya.Adakah perasaan ini aku harus memendamkannya saja dan membiarkan ia terus bermain dihati aku seorang?Aku tidak boleh terus begini,aku mesti meluahkannya.Memang aku takut cinta aku tidak berbalas,tetapi aku tidak dapat menahan perasaan yang sedang bergelora ini setiap kali melihat wajah abang Imran.Akhirnya aku buat keputusan.Aku bercadang hendak meluahkan kepada abang Imran di dalam surat dan mengirimkan ke rumahnya.Tetapi...aku tak ada alamatnya pula.Aku menghampiri encik Saari kerani bahagian pekerja.


"encik Saari...boleh tolong Izah tak??"mohonku.


"ada apa Izah....cakaplah."


"boleh tolong Izah carikan alamat rumah abang Imran tak.Izah nak hantar sesuatu."jelasku segan.


"boleh aje....usah gusar..."encik Saari berjenaka.


"yelah dari dipendamkan aje kan baik meluahkannyakan..."sambung encik Saari lagi.Kata-katanya itu memeranjatkan aku.Bagaimana dia tahu.Ini pasti kerja Bobby ni.


Aku tak kisah kalau encik Saari yang tahu.Lagipun encik Saari seusia abahku.Dia memahami perasaan orang muda dan dia juga bukan seorang yang suka menceritakan hal orang lain. 


"encik Saari dah tahu ke..?"soal aku.


"dah tahu...lama dah..."jelasnya sambil tangannya menaip di papan litar komputer mencari nama abang Imran.


Sebaik mencatat alamat abang Imran yang tertera di komputer encik Saari aku berlalu dari meja encik Saari dengan penuh kegirangan.


"terima kasih encik Saari.Nanti saya belanja.Tapi jangan cakap kat sesiapa tau,saya minta alamat ini.Malu saya nanti."pintaku berharap.


"jangan Izah risau,akan tersimpan dalam poket."gurau encik Saari.Aku tersenyum.


Setelah menghantar surat untuk abang Imran,tiba-tiba timbul pula perasaan segan disaluti kerisauan.Bagaimana nanti reaksi abang Imran setelah membacanya.Adakah nanti dia tidak mahu menemui aku lagi.Baru sehari surat itu aku hantar,kena tunggu 3 harilah untuk aku mengetahuinya.Hati aku sering berombak kencang.Rasa takut,risau dan segan bermain-main sejenak dihati aku sekarang ini.


Hari kedua perasaan cemas mulai menghantui diri aku.Setiap kali abang Imran datang debaran dihati aku semakin kencang berputar.Timbul sedikit perasaan malu.Samada abang Imran sudah menerima dan membaca surat aku menjadi igauan mimpi ngeri buat aku untuk tika ini.


"Bobby...abang Im dah terima ke belum surat aku tu yer.."aku cuba buat-buat bertanya kepada Bobby.


"manalah aku tau...tengoklah esok.Entah-entah dia dah terima.Aku tengok dia senyum-senyum aje bila masuk ke sini.Senyum dia melirik panjang pulak tu."ulas Bobby.


"aku takutlah Bobby..."


"kau nie...bercinta pun takut ke!!Aku nak tanya kau...macam mana kau boleh jatuh hati kat dia nie Izah..."


"entahlah Bobby...perasaan itu dah datang,aku pun tak pinta.Yang aku tahu tiba-tiba aku semakin suka kat abang Im...perasaan aku sentiasa aje bergelora setiap kali melihat abang Im.Bila tak nampak muka dia,aku jadi risau..."jelasku.


"memang sah kau nie dah jatuh hati kat dia.Tapi...dia cinta kat kau tak...!!"


"entahlah Bobby....ni yang buat aku semakin takut untuk menghadapinya nanti."


Hari ketiga hati aku semakin berdebar-debar.Aku berpura-pura tidak memandang ke arah abang Imran yang masuk ke pejabat.Namun begitu sekali sekala aku menjeling juga ke arah abang Imran.Abang Imran tetap seperti biasa.Senyumannya tetap terukir untuk aku.Selesai tugasnya,dia menuju kearah mejaku dan aku buat-buat tidak nampak dia sedang menghampiri.


"Izah...waktu lunch nanti boleh kita jumpa kejap."kata abang Imran sebaik berdiri dihadapan aku.


"ok...nanti Izah turun bawah."jawabku selamba.Di dalam hati,hanya tuhan saja yang tahu bertapa aku begitu risau dan segan diatas apa yang telah aku lakukan.


Menantikan waktu makan tengahari dirasakan begitu lama sekali masa berjalan.Seolah-olah waktu juga cemburu pada aku.Aku dapat menganggak yang abang Imran pasti sudah menerima surat dariku.Kalau tidak dia tidak akan memberitahu untuk berjumpa dengan aku.Belum pernah dia cakap hendak berjumpa aku sendirian.Inilah kali pertama.Berbagai persoalan sedang bermain dibenak fikiranku kini.Waktu yang dinantikan tiba dan aku melangkah dengan hati yang bergelora.Dapat aku rasakan degupan jantung aku bergerak dengan pantas sekali.Kalau boleh aku tidak mahu menemuinya.Memang terasa berat kaki ini hendak melangkah.


"dah lama abang Im tunggu Izah..."tegurku sebaik tiba.


"baru juga...Izah duduklah.."suruhnya.


Aku menanti dengan sabar walaupun hati aku berdebar-debar menantikan kata-katanya.Abang Imran masih membisu.Mungkin sedang mengatur bicara yang hendak dia katakan kepada aku.


"Izah...abang Im dah terima surat Izah..."dia memulakan bicara.


Tiba-tiba perasaan malu menyelinap masuk ke dalam hati aku bila aku teringkatkan bait-bait ayat yang aku lakarkan disurat itu.Aku masih membisu.Lidahku kelu untuk berkata-kata.Biarlah abang Imran saja yang bersuara.


"Izah...maafkan abang Im...kerana menyebabkan Izah jadi begini.Bukan niat abang Im hendak mempermainkan perasaan Izah.Abang Im akui suka kat Izah...tetapi..."bicaranya terhenti seketika.


Aku masih membisu.Hanya memandang ke wajah abang Imran dengan perasaan yang berkecamuk.Apa sebenarnya yang abang Imran cuba jelaskan padaku.


"Izah...maafkan abang...abang tunang orang.Abang tidak ingin lukakan hati Izah,jadi abang terpaksa berterus-terang.Harap Izah dapat menerimanya."sambung abang Imran lagi.


Bila mendengar kata-kata yang seterusnya dari abang Imran hati aku yang sejak tadi masih berbunga terus saja menjadi layu selayu-layunya.Terus berkecai.Aku cuba menutupi luka dihati yang remuk ini.Sedaya upaya aku cuba ukirkan secebis senyuman walaupun pahit.Hati aku sedang menangis.


"siapa tunang abang Im...dia kerja di sini juga ke??"aku cuba bertanya untuk menyedapkan hati aku yang sedang terluka.Suaraku juga agak terketar-ketar menahan sebak.


"tak Izah...dia kerja tempat lain."jawab abang Imran pendek.


"abang Im...Izah faham.Sekurang-kurangnya abang Im berterus-terang dengan Izah.Izah juga tidak mahu menghancurkan insan yang mencintai abang Im...Maafkan Izah.."ucapku seterusnya.


Waktu makan tengahari begitu pantas berlalu.Aku memohon diri.Langkahku seolah-olah longlai.Aku masih menahan sebak didada.Mencintai seseorang bukan bererti akan memilikinya.Sekurang-kurangnya abang Imran jujur dan tidak menerima cinta aku atas dasar kesian,kemudian aku ditinggalkan.Aku akur,aku pasrah.Walaupun aku harus menerima kenyataannya,yang pasti aku terluka.


"Bobby....abang Im dah ada tunang Bobby..."luahku kepada Bobby sebaik masuk ke pejabat.Airmata mulai bergenang dikelopak mata.Aku tepis agar ia tidak jatuh ke pipi.


"aku simpati Izah...janganlah kau sedih.Nasib baik abang Im tiada niat mempermainkan kau dengan memberi harapan.Walaupun berterus-terang itu amat pedih sekali sekurang-kurangnya kau tidak menderita kemudian nanti."ujar Bobby memujukku.


Tanpa aku undang airmata mulai menitis jatuh ke pipi.Aku kekang ia agar tidak terus mengalir.Aku tidak mahu orang lain tahu apa sebenarnya yang terjadi.Aku harap aku akan dapat mengikis cinta terhalang ini terhadap abang Imran suatu hari nanti.Untuk apa aku terus menyimpannya sekiranya ia tiada pengharapan.


Segalanya dilalui seperti hari-hari yang lalu.Abang Imran tetap berbual dengan aku.Dia juga tidak mahu sesiapa tahu diantara aku dan dia telah wujud jurang kerana dia tidak membalas cinta aku.Aku juga begitu.Aku tidak mahu sesiapa tahu yang aku menaruh hati terhadap abang Imran.Lalu aku membuat keputusan untuk berhenti kerja agar aku dapat mengikis kelukaan yang amat perit aku rasakan.Secara senyap aku memberikan surat perletakan jawatan kepada encik Saari.Tiada siapa yang tahu aku ingin berhenti kerja kecuali encik Saari dan Bobby.Aku juga tidak akan memberitahu kepada abang Imran.Biarlah dia tidak tahu.
 Sudah habis.




No comments:

Post a Comment