السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sunday, March 13, 2011

Luahkan Perasaan Anda

Meluahkan apa yang anda rasa boleh mengurangkan tension
Meluahkan perasaan boleh membantu anda sentiasa memahami perasaan anda. Ia juga boleh meredakan tension/tekanan yang anda alami. Kadangkala apabila seseorang itu tidak memahami apa yang mereka rasa, perasaan tersebit akan meledak dalam situasi atau cara yang memalukan atau tidak sewajarnya.

Setiap orang memerlukan masa untuk dirinya sendiri bagi merenung membayangkan perasaanya sendiri. Keupayaan untuk meluahkan apa yang anda rasa boleh membantu anda membuat keputusan yang lebih baik terhadap apa yang betul dan sesuai untuk anda.



CARA MELUAHKAN PERASAAN

Kenalpasti cara yang terbaik untuk anda meluahkan perasaan merupakan suatu kelebihan. Anda akan berasa seronok meluahkan perasaan dengan cara yang tertentu, seperti melukis, bersukan, menyanyi, memukul dram, ataupun melakukan sesuatu seperti menendang bola atau menjerit pada pokok. Jika anda tidak tahu apa yang sesuai untuk anda, cuba cadangan di bawah ini.


TULIS TENTANG APA YANG ANDA RASA
Menulis mungkin cara yang berguna untuk anda mengenalpasti perasaan sendiri. Ada orang menyimpan dairi, ada yang hanya menulis apa saja yang terbayang di kepala. Anda mungkin boleh menulis cerita tentang apa saja yang berlaku dalam hidup anda sekarang (cuba "bayangkan"), ataupun buat satu kisah berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku dalam hidup anda. Menulis puisi berkesan kepada sesetengah orang, jadi mungkin anda boleh mencubanya.


BERSUKAN
Bersukan membantu anda meluahkan perasaan secara fizikal. Anda berpeluang untuk menjerit atau berasa girang apabila mencapai kejayaan. Sukan berpasukan membolehkan anda meluahkan perasaan dan bergabung tenaga dengan ahli sepasukan yang lain secara verbal dan tidak verbal.


MELUKIS ATAU MEWARNA
Walaupun anda tidak membayangkan diri anda sebagai seorang yang artistik, melukis dan mewarna berguna untuk meluahkan perasaan anda. Tiada orang lain perlu melihat apa yang anda buat. Anda boleh mencuba dengan melukis garisan, lakaran, warna dan sebagainya (cuba untuk mewarnakannya).


MENYANYI, BERMAIN MUZIK ATAU MENJERIT
Ikut menyanyi lagu yang anda gemari atau bermain alat muzik adalah antara cara lain untuk meluahkan perasaan anda. Menyanyilah di dalam bilik air atau di taman. Jika anda selalu bermain alat muzik atau menyanyi, anda akan mendapati yang anda sebenarnya telah berjaya menulis lagu anda sendiri atau muzik untuk meluahkan perasaan.


MENARI
Menari adalah satu bentuk ekspresi diri. Mainkan muzik di rumah atau pergi ke luar dan menarilah.

Tapi ingat, pastikan apa yang anda lakukan di atas ini tidak mengganggu orang lain. Menjeritlah di tempat yang tidak ada orang, pasanglah muzik yang tidak terlalu kuat (atau gunakan fonkepala (headphone)) dan jangan gunakan peralatan orang lain tanpa kebenaran!

No comments:

Post a Comment