السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرّحمن الرّحيم

الحمد لله ربّ العالمين والصّلاة والسّلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيّدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Adapun kemudian dari itu, ana merasa sangat gembira kerana dengan izinNya masih lagi diberikan kesempatan & kemampuan untuk sekali lagi membina blog bagi mencoretkan pengalaman ana yang mudah-mudahan akan dapat memanfaati para pembaca sekalian, insyAllah.


Pun begitu, ana yang jahil ini sangat-sangat mengharapkan teguran & pembetulan yang ikhlas serta penuh ukhuwwah Islamiyyah dari para pembaca sekiranya ada dari catatan ana nanti mengandungi kelemahan-kelemahan & kesilapan-kesilapan. Mudahan dengan teguran & pembetulan dari saudara semua, segala kesilapan & kelemahan dapat ana perbaiki. Jadi ana terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian & keikhlasan saudara itu. Semoga Allah t.a. menilainya sebagai satu amalan jariah di sisiNya.


Wa Billahit Taufiq Wal Hidayah,


والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, May 3, 2011

Kepentingan Solat





                    1. Solat tiang agama
                    2.Solat perkara pertama akan disoal di akhirat
                    3.Solat membentuk sahsiah mulia:-sabar-ikhlas-khusyuk-amanah dan lain-lain
                    4.Solat menghapuskan dosa
                    5.Solat memelihara dan menjauhkan diri dari maksiat
                    6.Solat memberi cahaya pada hari kiamat
                    7.Solat memberi ketenangan jiwa
                    8.Solat memdidik kebersihan
                    9.Solat mengukuhkan iman
                    10.Solat menguatkan dan mencergaskan fizikal

Sunday, April 24, 2011

Ketawa Berlebihan



                    Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal


                    Memberanikan orang bodoh kepadamu


                     Jika engkau bodoh nescaya bertambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu 


                       Melupakan dosa-dosa yang lampau


                      Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu


                       Melupakan mati dan akhirat


                        Engkau menanggung dosa orang yang ketawa keranamu


                             Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat."


Pertama:Aku blum prnah mncipta sesuatu makhluk di langit mhupun di bumi yg lbih mulia drpd umatmu.
Kedua:Sesungguhnya aku tiada membri umtmu bnyk hrta, sebaimana yg aku brikan kpd umat2 reblumnya spaya tdk trlalu pnjang prkiraan(hisab) mreka nant di hri kiamt, smua itu aku lakukn ialah krn rahmat dn bels kshan kpd mreka.
Keempat:Sesungguhnya aku tiada membrkan umtmu kekuatn dngn bnyknya hrta dan ank pnak, sbagaimna yg aku brkan kpd umat2 yg sblumnya, shingga mreka kufur dan mengingkari nkmatKu.
Kelima:Sesungguhnya aku tiada memanjgkn umur mreka, shinga trkumpul pd mreka dosa2 yg bnyk, sbaimna yg brlaku pd umat2 sblum kamu.
Keenam:Sesunguhnya aku tiada memblas umtmu ke-ats setiap dosa yg dlakukanya, sbaimna yg aku lkukan trhadap umat2 sblum kamu.
Ketujuh:Sesunguhnya aku menanguhkn azab kpd umtmu hinga ke akhr zaman dan aku jdikn mreka umat yg trakhir di antra smua umat sehinga tiada trlalu lama mreka dudk di dlam tnah.
Kelapan:Sesunguhnya aku tiada mndedhkan rhsia mreja sbaimna aku tlah dedahkn rhsia2 umt2 sblum kamu srta brita2 mreka kpdmu dan kpd umtmu dan sesunguhnya tiada lagi Nabi sesudhmu dan tiada pula ada Kitab suci stelah al-Quran

Saturday, April 2, 2011




                      "Ib bapa adalah pitu syurga yang palaing egah.Terserahlah kamu sama ada mahu mensiakan pintu itu atau memeliharanya."
Hadis Sahih Riwayat Ahmad,At Tirmizi dan Ibnu Majah

Friday, March 18, 2011

Dari Anas r.a

Dari Anas r.a. katanya Nabi saw. bersabda, "Apabila mayat seseorang telah diletakkan di dalam kuburannya dan kawan-kawannya telah pulang, kendatipun dia mendengar bunyi terompah mereka, dua orang malaikat datang kepadanya dan menanyainya.
Tanya, "Bagaimana pendapat engkau tentang orang ini (iaitu Muhammad saw)?"
Jawab, "Aku mengakuinya bahawa dia hamba Allah dan RasulNya."
Kata Malaikat, "Lihatlah tempat engkau di neraka, Allah menukarnya bagimu dengan tempat di syurga."
Kata Nabi saw, "Dia melihat tempat itu kedua-duanya."
Adapun orang kafir dan orang munafik berkata, "Aku tidak tahu. Aku hanya berkata apa yang dikatakan orang."
Kata malaikat, "Engkau tidak pernah mempelajari dan membaca?" Lalu orang itu dipukulnya dengan pukulan besi di antara kedua telinganya, sehingga orang itu berteriak sekeras-kerasnya dan didengar oleh makhluk sekelilingnya selain manusia dan jin."
SHAHIH BUKHARI

Wednesday, March 16, 2011

Makna Tersirat Di Sebalik Kata2 Wanita

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:


1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri a

Sejarah Ayat Kursi

SEJARAH AYAT KURSI
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan
kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya. Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan
dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila! berbaring
di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."